GE2020
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

WP raih sokongan semua; sokongan baik Melayu di Kaki Bukit: Faisal Manap

Jul 12, 2020 | 4:57 PM
RAIH SOKONGAN PELBAGAI KAUM: Encik Faisal Manap percaya WP meraih sokongan daripada warga Singapura daripada pelbagai latar belakang dan kaum,
RAIH SOKONGAN PELBAGAI KAUM: Encik Faisal Manap percaya WP meraih sokongan daripada warga Singapura daripada pelbagai latar belakang dan kaum, - - Foto fail

PARTI Pekerja (WP) memperjuangkan setiap masyarakat dan telah meraih sokongan pelbagai kaum dalam Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020), kata Naib Pengerusi WP, Encik Faisal Manap. "Secara peribadi, di Kaki Bukit, kami mempunyai sekitar 23 peratus masyarakat Melayu. "Apa yang boleh saya katakan, daripada pengalaman peribadi, saya menerima sokongan baik daripada orang Melayu di Kaki Bukit. "Tetapi secara keseluruhannya, saya percaya kami meraih sokongan daripada warga Singapura daripada pelbagai latar belakang dan kaum," ujar Encik Faisal, anggota pasukan WP di GRC Aljunied. Pasukan itu meraih undian 60 peratus dalam GE2020. Mengenai saranan dalam manifesto WP untuk mengadakan undang-undang antidiskriminasi terhadap jantina, kaum dan usia, Encik Faisal berkata pihaknya akan berusaha ke arah tersebut. Beliau berkata demikian dalam satu sidang akhbar maya oleh WP pada Ahad (12 Julai).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg