147 murid Sekolah Rendah North View disyaki alami gejala flu perut
Premium
147 murid Sekolah Rendah North View disyaki alami gejala flu perut
Feb 2, 2026 | 5:30 AM
MURID TERJEJAS: 147 murid Sekolah Rendah North View di Yishun disyaki mengalami flu perut, atau gastroenteritis, sejak 13 Januari. - Foto TANGKAP LAYAR GOOGLE MAPS
Pihak berkuasa sedang menyiasat 147 kes yang disyaki flu perut, atau gastroenteritis, melibatkan murid dari Sekolah Rendah North View (NVPS) di Yishun.
Menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh pihak sekolah, Agensi Makanan Singapura (SFA), dan Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) pada 19 Januari, murid-murid daripada pelbagai darjah dilaporkan mengalami gejala sejak 13 Januari lalu.

