Menjelang perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri 2026, hampir 20,000 orang telah menerima pek perayaan berisi produk makanan dan barang keperluan rumah

Pada 7 Februari, Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang juga Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Tampines, telah memberikan pek perayaan tersebut kepada penduduk di kawasan itu, termasuk pasangan suami isteri, Encik Lau Boon Sai dan Cik Lim Moi Soon.