Premium
333 dilantik Rakan Bahasa 2025
May 5, 2025 | 5:30 AM
DILANTIK RAKAN BAHASA: Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (tiga dari kanan), dan Duta Bahasa, Cikgu Asnida Daud (tiga dari kiri), beramah mesra bersama Rakan Bahasa dari Sekolah Rendah Greenwood (kanan) dan Sekolah Rendah Temasek di Majlis Pelantikan Rakan Bahasa 2025 anjuran Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS) pada 15 April. - Foto NUR DIYANA TAHA
Seramai 333 Rakan Bahasa dari peringkat sekolah rendah hingga universiti yang berusia antara sembilan dengan 24 tahun, dilantik sempena Bulan Bahasa 2025 oleh Majlis Bahasa Melayu Singapura (MBMS).
Rakan Bahasa yang dilantik mempunyai _____________ terhadap bahasa Melayu dan mereka diharap dapat menyampaikan keindahan bahasa Melayu itu kepada rakan sebaya dan keluarga.
Berucap di majlis pelantikan itu yang diadakan di Pusat Budaya Cina Singapura (SCCC) pada 15 April, Pengerusi Jawatankuasa Bulan Bahasa, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim, berkongsi bahawa teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI) akan digunakan untuk menarik minat pelajar terhadap bahasa Melayu.

