Juara Liga Perdana Singapura (SPL) enam kali, Albirex Niigata, telah mengubah nama mereka kepada ‘Albirex Jurong Football Club’ pada 1 Januari 2026.

Kelab yang dilancarkan di sini 22 tahun lalu mengumumkan nama dan logo baharu semasa satu sidang media di padang mereka, Stadium Jurong East, pada 27 November 2025.