Satu usaha dipanggil Projek Pelita Hati memberi peluang kepada 13 keluarga di bawah lindungan Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) untuk menaiki kereta klasik dari The Arts House ke rumah masing-masing pada 30 Mac.

Ini kali pertama kumpulan peminat kereta klasik itu bekerjasama dengan HGEF untuk memberi pengalaman berharga kepada keluarga banduan, khususnya anak mereka.