Peluasan Bahasa Ibunda Lanjutan iktiraf bakat ‘berbilang dimensi’
Premium
Peluasan Bahasa Ibunda Lanjutan iktiraf bakat ‘berbilang dimensi’
Jan 6, 2025 | 5:30 AM
PERLUAS BAHASA IBUNDA: Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, berkongsi dalam satu sidang media bahawa langkah meluaskan subjek Bahasa Ibunda Lanjutan (HMTL) kepada lebih ramai pelajar di peringkat Menengah 1 sejajar dengan falsafah Kementerian Pendidikan (MOE) dalam mengiktiraf bakat berbilang dimensi. - Foto ST
Langkah meluaskan subjek Bahasa Ibunda Lanjutan (HMTL) kepada lebih ramai pelajar di peringkat Menengah 1 sejajar dengan falsafah Kementerian Pendidikan (MOE) dalam mengiktiraf bakat “berbilang dimensi”, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.
Berkongsi bersama media di ibu pejabat Kementerian Pendidikan (MOE) di Buona Vista pada 19 Ogos, Encik Chan berkata peluasan HMTL kepada pelajar cemerlang dalam Bahasa Ibunda (MTL) akan dapat memperkasa kebolehan mereka dengan lebih lanjut.

