70 gitaris watan lancar video kolaborasi gitar terbesar S’pura
Premium
70 gitaris watan lancar video kolaborasi gitar terbesar S’pura
Jan 6, 2025 | 5:30 AM
CINTA GITAR: Gabungan padu Bo Skullbanger, 50 tahun (kiri), dan anaknya, Aydrean Skullbanger, 16 tahun, menyatukan semangat dan cinta terhadap muzik rok dalam ‘Kolaborasi Gitar Terbesar Singapura 2024’. - Foto ihsan BO SKULLBANGER
Bak kata pepatah, ‘bapa borek, anak rintik’, bakat dan nyala rasa pemuzik, Bo Skullbanger, dalam petikan gitar ibarat mengalir kepada anak keduanya dalam tiga beradik, Aydrean Skullbanger.
Aydrean, 16 tahun, yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ tidak lama lagi, bahkan adalah pemain gitar termuda yang terlibat dalam projek video kerjasama terbesar sekumpulan 70 pemain gitar Singapura, Kolaborasi Gitar Terbesar Singapura 2024.

