Premium
Iklim dunia kian panas
Jan 6, 2025 | 5:30 AM
Masalah perubahan iklim semakin serius, dengan banyak negara mengalami keadaan cuaca tidak menentu atau bertambah buruk.
Menurut Keadaan Sementara Laporan Iklim Global 2023 Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO) – sebuah agensi khusus Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) – suhu global dicatatkan sekitar 1.4 darjah Celsius lebih tinggi berbanding purata sebelum zaman perindustrian (1760 hingga 1840) bagi 10 bulan pertama 2023.

