Premium
Imran Ajmain jaya pancing ‘orang lama’, generasi TikTok
Jan 6, 2025 | 5:30 AM
GETARAN JIWA NOSTALGIA: Lagu yang dinyanyikan merakam 20 tahun Imran Ajmain berkecimpung dalam persada seni Nusantara. - Foto NUR DIYANA TAHA
Kebiasaannya, kaki ini melangkah ke Panggung Victoria untuk menyaksikan bangsawan, persembahan taridra, nyanyian nostalgia ataupun konsert orkestra yang formal dan dapat dijangka rutinnya dari awal hingga penghujung acara.
Bagaimanapun, kelainan yang ketara dan penuh kejutan sewaktu menghadiri Konsert Malam Seribu Tahun di lokasi yang sama pada 12 Januari lalu membuatkan saya ternanti-nanti apa lagi yang Imran serta penganjur konsert, Elmi Elmo dan Hashtag Media (Malaysia) dengan kerjasama Gumbira dan A’Art (Singapura), ingin sajikan pada malam itu.

