Premium
Joe Flizzow ‘ngam’ dengan S’pura sejak remaja
Jan 6, 2025 | 5:30 AM
INGIN MEMBERI ILHAM: Penanyi rap, Joe Flizzow, berharap dokumentari ‘This Is Johan: A Bikin Sampai Jadi Story’ dapat memberi inspirasi kepada belia yang ingin bergiat dalam bidang muzik ‘hip-hop’. - Foto EVENTIFY DAN FILLOZ INTERNATIONAL
Penyanyi rap terkenal Malaysia, Joe Flizzow, 44 tahun, menganggap Singapura begitu dekat di hatinya hingga mempunyai kaitan mendalam dengan negara ini sejak beliau masih remaja.
Joe, atau nama sebenarnya, Johan Ishak, memberitahu wartawan bahawa beliau sering berkunjung dan berbelanja di Singapura semasa membesar kerana beliau mempunyai ramai saudara di sini.

