Sebuah ladang solar berskala besar – yang pertama oleh Kementerian Pertahanan (Mindef) dan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) – telah dibuka di Pangkalan Udara Sembawang pada 30 Januari.

Setelah siap sepenuhnya menjelang akhir 2026, ia akan dapat menjana tenaga puncak 18 megawatt (MWp) – sama seperti membekalkan kuasa kepada 4,700 flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) empat bilik setiap tahun.