Latihan bola sepak percuma untuk belia rentan di CDC South East
Premium
Latihan bola sepak percuma untuk belia rentan di CDC South East
Jan 5, 2026 | 5:30 AM
KLINIK BOLA SEPAK: Putri Qaleysha Edora Muhammad Firdaus (dua dari kiri) gembira berpeluang mengambil bahagian dalam Klinik Bola Sepak @ South East pada awal pagi 13 Disember 2025 di Sekolah Rendah Bedok Green. - Foto NUR DIYANA TAHA
Akibat tidak sabar untuk mencuba sukan baharu, pemain bola keranjang, Putri Qaleysha Edora Muhammad Firdaus, 12 tahun, merupakan antara peserta yang pertama untuk tiba di Sekolah Rendah Bedok Green bagi satu klinik bola sepak pada 13 Disember 2025.
Meskipun klinik bola sepak anjuran Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East itu bermula pada 9 pagi, Putri Qaleysha dan enam orang anggota keluarganya termasuk ibu bapa, adik perempuan dan tiga saudara, tiba di sana seawal 7.40 pagi.

