Buat kali pertama, pasukan pelajar dari Madrasah Alsagoff Al-Arabiah memenangi tempat pertama dalam pertandingan debat dalam bahasa Arab di Selangor, Malaysia, baru-baru ini.

Diadakan di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada 21 Julai, Kejohanan Debat Antara Sekolah (IDC) disertai pelajar sekolah menengah dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei.