Peluang murid Sekolah Rendah Junyuan membangun keyakinan diri dan kemahiran komunikasi menerusi peranan sebagai penyiar radio dan wartawan sekolah terbuka luas, dengan adanya Program Pembelajaran Gunaan (ALP) yang dikenali sebagai Studio 91.

Menerusi program ini, murid terpilih dapat menyediakan skrip, menyampaikan pengumuman dan menjalankan temu bual semasa acara sekolah seperti Hari Raya dan Hari Keharmonian Kaum.