Pelajar cenderung Sains pilih program Bahasa Melayu di JC
Premium
Pelajar cenderung Sains pilih program Bahasa Melayu di JC
Feb 16, 2026 | 5:30 AM
Meskipun cenderung dalam mata pelajaran Sains dan bercita-cita untuk menceburi bidang perubatan, Muhammad Amjad Amirul Mohamed Saaid, 16 tahun, pelajar Sekolah Menengah Swiss Cottage memutuskan untuk mengambil laluan Pengambilan Masuk ke Sekolah secara Langsung (DSA) ke Institusi Raffles dalam Program Pilihan Bahasa Melayu (MLEP).
Amjad yang menerima keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ pada 14 Januari, meraih lima gred A1 dan dua gred A2.

