Perpustakaan cereka sains, fantasi dibuka di CC Tampines Changkat
Premium
Perpustakaan cereka sains, fantasi dibuka di CC Tampines Changkat
Mar 10, 2025 | 5:30 AM
KEMUDAHAN BAHARU: Perpustakaan khas buat peminat cerita fantasi dan cereka sains NLB terletak di tingkat tiga Kelab Masyarakat (CC) Tampines Changkat dan akan beroperasi hingga 22 Februari 2026. - Foto ZAOBAO
Perpustakaan pertama Lembaga Perpustakaan Negara (NLB), yang dikhususkan untuk peminat cerita fantasi dan cereka sains, kini dibuka di Kelab Masyarakat (CC) Tampines Changkat yang dinaik taraf.
Dibuka pada 23 Februari, perpustakaan itu mempunyai koleksi lebih 5,000 buku fantasi dan cereka sains popular, termasuk 500 dalam bahasa Cina, Melayu dan Tamil.

