Premium
Pertandingan tarian galak murid hayati budaya Melayu
Aug 18, 2025 | 5:30 AM
JUARA PERTANDINGAN: Sekolah Rendah Xishan di Yishun, menjuarai pertandingan ‘Mutiara Tari’ 2025, yang diadakan pada 19 Julai di Persada Budaya, Wisma Geylang Serai (WGS). Turut hadir sebagai tetamu terhormat ialah Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Changi, Encik Sharael Taha (kiri). - Foto WGS
Lebih 100 penari muda dari 13 sekolah rendah telah mengambil bahagian dalam pertandingan ‘Mutiara Tari’, yang diadakan pada 19 Julai di Persada Budaya, Wisma Geylang Serai (WGS).
Acara anjuran WGS bersama Sri Warisan Som Said Performing Arts itu merupakan sebahagian daripada SG60Bersama, satu daya usaha sempena menyambut ulang tahun ____________ Singapura yang ke-60 (SG60).

