Gen G
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Program Tuisyen Mendaki akan diperluas, bantu lebih ramai pelajar

Feb 5, 2024 | 5:30 AM
TINJAU PROGRAM: Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad (empat dari kanan), yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, meninjau kelas pertama Program Tuisyen Mendaki bagi pelajar Menengah 2 di Sekolah Menengah Tampines pada 20 Januari.
TINJAU PROGRAM: Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad (empat dari kanan), yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki, meninjau kelas pertama Program Tuisyen Mendaki bagi pelajar Menengah 2 di Sekolah Menengah Tampines pada 20 Januari. - Foto HARITH MUSTAFFA

HARITH MUSTAFFA
harithr@sph.com.sg

Pelajar Program Tuisyen Mendaki (MTP) yang berpotensi meraih keputusan lebih baik akan mendapatkan lebih banyak bantuan, kata Yayasan Mendaki.

Ini dengan usaha badan bantu diri itu memperluas program tuisyennya bagi murid Darjah 5 dan Darjah 6 yang mendapat sekurang-kurangnya gred AL4 atau 75 mata dan ke atas, mulai suku pertama 2024.

Secara keseluruhan, seramai 8,500 pelajar mengikuti MTP pada 2024 – lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Menurut Mendaki, bilangan pelajar MTP telah naik daripada 7,464 pelajar pada 2020 kepada 8,280 pelajar pada 2023.

Timbalan Pengerusi Mendaki, Encik Zaqy Mohamad, berkata 65 peratus daripada 102 murid Darjah 6, yang sebelum ini gagal dalam mata pelajaran matematik, telah berjaya lulus dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) pada 2023 selepas menyertai program bimbingan matematik di bawah MTP.

Beliau berkata demikian semasa berkunjung ke salah sebuah pusat MTP di Sekolah Menengah Tampines pada 20 Januari, iaitu hari pertama kelas itu dibuka bagi 2024.

Mengapa Penting?

  1. Mulai suku pertama 2024, murid Darjah 5 dan 6 yang mendapat sekurang-kurangnya gred AL4 atau 75 mata dan ke atas boleh mendapat bantuan daripada Program Tuisyen Mendaki (MTP).
  2. Selepas menyertai MTP, 65 peratus murid Darjah 6 yang sebelum itu gagal mata pelajaran matematik, berjaya lulus dalam Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah pada 2023.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg