Seramai 28 pasukan dan lebih 100 pelajar dari 21 sekolah rendah dan menengah menyertai Pertandingan ‘Podcast’ Gen G anjuran Berita Harian dengan majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Auditorium SPH pada 31 Oktober 2025. Setiap pasukan yang mengambil bahagian telah menghasilkan ‘podcast’ berdasarkan tema ‘Singapura SG100: Impian Hebat Saya!’ atau ‘Bahasa Kita, Masa Hadapan Kita’.