Premium
Daripada tarian, kini berpindah ke padang bola sepak
Aug 18, 2025 | 5:30 AM
BAKAT BERSINAR: Pemain pertahanan pasukan Liga Perdana Wanita, Lion City Sailors, Seri Nurinsyirah Indra Saharen, 16 tahun, merupakan salah seorang penerima Biasiswa Luar Negara ‘Unleash the Roar! 2025’. - Foto NUR DIYANA TAHA
Peralihan daripada kegiatan kokurikulum (CCA) tarian, yang dikenali dengan pergerakan lembut dan halus, kepada bola sepak, sukan lasak yang menuntut kekuatan tinggi, mengejutkan ibu bapa pemain pertahanan pasukan Liga Perdana Wanita, Lion City Sailors, Seri Nurinsyirah Indra Saharen.
Tanpa sebarang latihan awal dalam bola sepak, Seri, yang kini berusia 16 tahun, menyatakan hasrat menyertai kelab selepas bertahun-tahun melihat abangnya bermain dari tepi padang.

