Tulang rapuh, otot lemah tidak halang juruteknik kejar cita-cita
Premium
Tulang rapuh, otot lemah tidak halang juruteknik kejar cita-cita
Apr 7, 2025 | 5:30 AM
PELUANG KERJAYA: Cik Nur Arfa Taqiah Mohamad Noor Azhar merupakan salah seorang daripada empat pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang dipilih bagi program ‘Enabling Pathway’, yang membolehkannya bekerja sebagai juruteknik pengisyaratan sambil menjalani Diploma Bekerja-Belajar dalam bidang Kejuruteraan Pengangkutan Darat (Rel) di ITE Kolej Barat, mulai April 2025. - Foto SG ENABLE
Berbekalkan alat bantuan pendengaran dan tongkat untuk berjalan, Cik Nur Arfa Taqiah Mohamad Noor Azhar sudah biasa bekerja sambil duduk ketika bertugas sebagai seorang juruteknik pengisyaratan di Pusat Servis Komponen, SBS Transit, di Depoh Sengkang.
Ketika beliau berusia 11 tahun sekitar 2018, Cik Nur Arfa dikesan mengalami kondisi sklerosis berbilang – sejenis penyakit autoimun and neurologi yang menyebabkan ototnya semakin lemah, tulang menjadi rapuh serta menjejas sistem saraf tunjangnya.

