Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

HIDAYAH

Cukuplah Allah sebagai penolong, pelindung umat

Hikmah zikir
Nov 10, 2023 | 05:30 AM



Dalam kehidupan seharian, manusia tidak lepas diuji dengan pelbagai cabaran dan kesulitan – dari segi pekerjaan, kewangan, kesihatan mahupun hubungan sesama yang lain.

Dalam keadaan sedemikian, Islam menuntut umatnya agar meminta bantuan dan perlindungan daripada Sang Pencipta.

Setiap Muslim dianjurkan untuk tidak pernah putus berdoa dan berzikir.

Zikir dan memuji Allah merupakan ibadah yang dilakukan agar kita mendekatkan diri kepada-Nya dan sentiasa mengingati-Nya.

Salah satu keutamaan zikir adalah ia bukan hanya menjadikan kita hamba yang selalu mengingat Allah, tetapi kita juga akan diingati oleh-Nya.

Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah ayat 152: “Maka ingatlah kepada Ku nescaya Aku akan ingat (pula) kepadamu.”


Salah satu doa atau zikir yang juga merupakan amalan Nabi saw yang boleh kita amalkan adalah: Hasbunallahu wa ni’mal wakeel, ni’mal maula wa ni’man naseer (Cukuplah Allah sebagai Penolong kami, dan Dialah sebaik-baik Pelindung).


Bacaan zikir ini meskipun pendek, maknanya sangat mendalam.

Dengan membaca zikir ini, ia menunjukkan bahawa kita sebagai manusia menyerahkan segenap jiwa raga kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik pelindung dan penolong.

DEFINISI

Menurut Ibnul Jawzi dalam kitabnya Zadul Masir, lafaz Hasbunallah bermaksud Allah sahaja yang mencukupi segala urusan.


Manakala lafaz Al-Wakeel bermakna yang bertanggungjawab memberi rezeki dan pelbagai maslahat bagi hamba-Nya.


Oleh demikian, zikir Hasbunallahu wa ni’mal wakeel membawa erti “cukuplah Allah sebagai penolong kami”.


Di samping itu, tersirat di dalam zikir ini keesaan Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang layak kita berserah diri daripada segala urusan, memohon setiap pertolongan dan perlindungan.

UNGKAPAN NABI DAN RASUL

Hasbunallahu wa ni’mal wakeel merupakan zikir yang sangat dicintai oleh Allah.


Zikir yang mengandungi pelbagai keutamaan ini memiliki sejarah yang kaya dalam Islam.

Ia merupakan bacaan Baginda saw, Nabi Ibrahim as serta Sayidatina Aisyah ra saat menghadapi tentangan dan fitnah kaum mereka.


Surah Ali Imran (ayat 173) merakamkan sejarah di mana Nabi saw serta para sahabat diugut oleh kaum kafir Quraisy sejurus perang Uhud.


Pada ketika itu, panglima perang kaum kafir Quraisy, Abu Sufyan, menyatakan hasratnya ingin menyerang tentera Islam dan menakut-nakutkan mereka dengan bilangan dan kebolehan tentera kafir Quraisy.

Ketika Baginda saw memerintahkan tentera Muslim untuk bersiap sedia berperang, mereka tidak sedikit pun berasa takut.


Walaupun di antara mereka masih cedera daripada perang sebelumnya, para mujahidin (pejuang) malah bertambah iman dan semangat untuk menghadapi musuh Allah itu dengan ucapan Hasbunallaahu wa ni’mal wakeel.


Maka kemudian diturunkan ayat 173 daripada Surah Ali Imran setelah dilihat keimanan Nabi saw dan pasukannya:


“(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, kerana itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: ‘Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.’”


Menurut Ibn Abbas ra, Hasbunallahu wa ni’mal wakeel juga merupakan kalimah terakhir Nabi Ibrahim as ketika beliau dihukum oleh Raja Namrud dan dilempar ke dalam api yang membara oleh kaumnya.


Pada ketika itu, Nabi Ibrahim as memanjatkan doa ini sebagai bentuk tawakal yang sempurna kepada Allah.


Kemudian turun ayat daripada Surah Al-Anbiya’ ayat 68-69:

“Setelah tidak dapat berhujah lagi, ketua-ketua mereka berkata: “Bakarlah dia dan belalah tuhan-tuhan kamu, jika betul kamu mahu bertindak membelanya!” Kami berfirman: “Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!”


MANFAAT ZIKIR

Zikir Hasbunallahu wa ni’mal wakeel memiliki keutamaan di mana ia mengandungi kedua-dua aspek mudah terdedah dan penyerahan diri kepada Yang Maha Agung.


Ia juga mengandungi makna bahawa kita sebagai hamba hanya memerlukan perlindungan-Nya dan kita memilih takdir dan perancangan-Nya melebihi perancangan diri sendiri.

Para ulama juga mengatakan bahawa zikir ini bukan hanya dibaca dalam keadaan sukar, di mana tiada siapa bersama kita, malah ia patut diamalkan dalam setiap keadaan, senang mahupun susah.

Oleh itu, di antara manfaat zikir ini termasuk:

  • Tingkat ketakwaan dan tawakal kepada Allah
  • Syukur dan sabar dalam menjalani kehidupan
  • Lahir sifat ‘ubudiyyah’ (kehambaan) dan bergantung kepada Allah
  • Menerima dan meyakini keesaan Allah
  • Tidak mudah putus asa
  • Kesejahteraan hati dan jiwa

Menurut Ibn Qayyim ra, jika diperhatikan dalam sejarah, lafaz Hasbunallahu wa ni’mal wakeel sering digandingkan dengan berita gembira yang menyusul.


Oleh itu, mari bersama kita amalkan zikir ringkas ini – tidak kira dalam keadaan susah ataupun senang, untuk kesejahteraan diri mahupun saudara seislam yang lain – dengan harapan dapat meraih keredaan dan perlindungan Allah swt pada bila-bila masa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >