Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Hijrah demi hidup lebih mampan

Usah sekadar sibuk berubah tingkatkan diri dan rupa, namun perjuangan masa depan masyarakat serta negara diabai
Aug 19, 2022 | 05:30 AM



SABAN tahun apabila tiba awal Muharam, cara orang berfikir akan menghubungkannya dengan hijrah dan perubahan.



Walaupun ia betul namun saya kira ia tidak begitu tepat dari sudut fakta sejarah dan juga kefahaman yang lebih menyeluruh.



Dalam Sirah Ibnu Hisyam menyatakan bahawa Muharam bukan bermakna bermulanya hijrah Rasulullah saw secara fizikal.



Walaupun ia adalah bulan pertama dalam kalender Islam. Nabi dan rombongan memulakan perjalanannya di bulan Safar dan sampai di Madinah pada bulan Rabiulawal.



Pemilihan bulan Muharam sebagai awal tahun hijrah adalah berdasarkan ijtihad Khalifah Umar bin Khattab bagi mengambil kira bermulanya tekad dari perjanjian Aqabah kedua yang terjadi pada akhir Zulhijah sehingga masuk ke awal bulan Muharam.



Perjanjian itu berisi muafakat dan tekad perlunya Rasulullah saw dan umat Islam yang dizalimi ketika itu, mula melakukan hijrah ke Madinah.



Begitu pun juga Rasulullah ada mencela seorang lelaki yang berhijrah tetapi hanya kerana hendak mengikut seorang wanita pujaannya (Ummu Qais).



Bekas Mufti Mesir, Sheikh Jum'ah Amin bersetuju pandangan tersebut.



Beliau mengingatkan umat Islam usah pegang hanya dengan waktunya, tetapi pegang juga pada sunah perjuangannya.



Maka usahlah sekadar merai Muharam sekadar sudut ritual, tetapi bangun juga sunah dakwah, islah dan tazkiyah dalam kehidupan.



Dan yang perlu digarap sama adalah perkara pembudayaan dan bagaimana memugar kembali daya keintelektualan dari Sirah, jiwa bakti untuk terus menyumbang dan istiqamah dalam takwa dan perjuangan.



Benar meraikan waktu itu penting, namun jika setiap tahun sekadar menyanyi lagu dan bawa naratif yang berulang maka saya kira itu perlu diperbetulkan.



Berubah diri itu penting tetapi usah sekadar sibuk berubah untuk peningkatan diri atau rupa sahaja, namun perjuangan masa depan masyarakat dan negara diabaikan.



Begitu juga amat malang dalam trend orang sibuk dengan produk kecantikan diri dan badan terjaga, ada yang menjual produk kecantikan dan pengurusan badan tetapi menggunakan ayat Al-Quran sebagai alasan bahawa "Allah tidak akan merubah diri seseorang sehingga dia berusaha mengubah dirinya sendiri".



Ayatnya betul tetapi cara berfikir dan penggunaanya salah. Saya terfikir bagaimana cara beliau belajar sehingga teramat mudah dengan cara pemikiran yang terlalu mudah.



Amat malang juga sebenarnya beliau telah dipergunakan oleh syarikat-syarikat yang menjual produk kecantikan yang tentunya budaya mereka berbeza dengan budaya orang Islam.



Dalam dunia sekarang, pemikiran kita telah banyak dicorak oleh media massa dan pempengaruh atau 'role model' iaitu contoh teladan yang tidak berkelayakan.



Dari sudut angka jabatan perangkaan, 72 peratus di Malaysia memilih untuk tidak menyambung pengajian atas alasan ramai yang boleh popular dan kaya, tanpa perlu berjuang melalui pendidikan sepanjang hayat.



Apabila kita sebut mengenai kemampanan aspek pembangunan modal manusia itu tersangat penting. Maka aspek budaya belajar sepanjang hayat adalah kunci pembangunan modal insan berjiwa unggul.



Dalam sebuah buku berjudul Acuan Minda (2009) oleh Profesor Dr Sidek Baba berkata;



"Fokus terhadap pembangunan modal insan adalah langkah terbaik. Modal insan yang berwibawa adalah hasil cernaan ilmu, keterampilan dan nilai yang sifatnya integratif.



"Darinya lahir mereka yang memiliki keahlian dan kepakaran yang mampan sifatnya menyumbang dan bakal menghasilkan peribadi unggul (towering personalities)."



Saya mirip untuk tidak mempromosi perubahan diri seperti orang ingin menjadi cepat kaya, berbangga dengan rupa cantik dan jadi popular.



Kita tidak boleh selamanya dicorak oleh budaya popular dan penjual produk kecantikan diri sahaja, tetapi kita perlu dicorak oleh asas ilmu yang berdaya saing dan mampan.



Saya guna istilah perubahan ilmu yang berdaya mampan, sesuai dengan peranan kita sebagai khalifah atau pemimpin perubahan untuk melestari kehidupan yang lebih mampan.



Pemimpin dan manusia yang sekadar berbudaya popular akan sering dikuasai oleh cara berfikir singkat, seperti seorang buta yang cuba memberi makna pada seekor gajah yang besar.



Usah terbuai dengan pengaruh budaya popular dan kecantikan diri, tetapi kembalilah untuk menghayati jiwa perjuangan yang mengharap bukan sekadar usaha jangka pendek, malah berkat dan kekal untuk kehidupan dan sekitaran generasi mendatang. Itulah legasi amal soleh berpanjangan.



Ini dinyatakan dalam surah Al-Kahfi: 46;



"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi soleh (al-bâqiyat ash-shâlihât) adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan."



Maka keluarlah berhijrah bukan ibarat lelaki yang hanya ingin mengejar wanita yang cantik, tetapi jadikan hijrah atau perubahan itu seperti lelaki unggul dan berupaya memelihara tamadun kehidupan akan datang.




"Pemimpin dan manusia yang sekadar berbudaya popular akan sering dikuasai oleh cara berfikir singkat, seperti seorang buta yang cuba memberi makna pada seekor gajah yang besar.



Usah terbuai dengan pengaruh budaya popular dan kecantikan diri, tetapi kembalilah untuk menghayati jiwa perjuangan yang mengharap bukan sekadar usaha jangka pendek, malah berkat dan kekal untuk kehidupan dan sekitaran generasi mendatang. Itulah legasi amal soleh berpanjangan...



Maka keluarlah berhijrah bukan ibarat lelaki yang hanya ingin mengejar wanita yang cantik, tetapi jadikan hijrah atau perubahan itu seperti lelaki unggul dan berupaya memelihara tamadun kehidupan akan datang."
- Ustaz Jaafar Embek.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >