Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Jangan bangga tayang dosa atau aib diri

Mar 05, 2021 | 05:30 AM



SETIAP manusia yang diciptakan oleh Allah swt terdorong untuk melakukan dosa.



Seperti mana yang dipetik dalam sebuah hadis oleh Anas bin Malik bahawa Rasulullah saw pernah bersabda:



"Kesemua anak Adam itu melakukan kesilapan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat." (Riwayat Ibn Majah)



Ustaz Pasuni Maulan menegaskan:



"Sememangnya, manusia dilahirkan dalam keadaan yang lemah dan serba kekurangan. Namun begitu, perbuatan menzahirkan dosa dan maksiat menjadi bukti keparahan ummah pada dunia realiti hari ini. Kelakuan membuka pekung di dada, tanpa sebarang rasa malu adalah satu kesalahan besar."



ELAK DEDAH KEAIBAN DIRI



"Apabila berlaku sesuatu kesalahan, maka ia bertukar menjadi aib dan memalukan diri. Oleh yang demikian, kesalahan tidak boleh dihebahkan kepada orang lain kerana ia adalah rahsia berbentuk peribadi.



"Apa jua kesilapan peribadi yang ada pada diri kita, janganlah didedahkan kepada orang lain," ujar Ustaz Pasuni.



Malahan katanya banyak hadis-hadis yang menyuruh kita menutup aib orang lain.



Sebelum tutup aib orang lain, tutup aib diri kita sendiri terlebih dahulu, nasihat Ustaz Pasuni.



"Lebih baik menyimpan rahsia atau kesalahan hanya untuk dirinya sendiri sahaja sampailah dia meninggal dunia. Jika aib diri terdedah melalui apa jua platform dan dikongsi dengan orang ramai, ini bermakna dia tidak menyayangi dirinya sendiri.



"Kalau seseorang itu dapat menjaga maruah keperibadiannya, maka dia berjaya menjaga sebahagian daripada imannya," hurai Ustaz Pasuni.



HARUS ADA RASA MALU



Sekiranya seseorang itu mendedahkan aibnya, ertinya beliau tidak memiliki rasa malu.



Apabila beliau tidak mempunyai rasa malu, maksudnya imannya akan terjejas.



Ustaz Pasuni Maulan memetik apa yang diperkatakan Ibn Umar ra bahawa Rasulullah saw telah melalui seorang lelaki daripada golongan Ansar yang sedang menasihati saudaranya tentang malu (yang keterlaluan).



Lalu Baginda saw bersabda:



"Biarkanlah dia (dengan perasaan malunya) kerana malu ini sebahagian daripada iman."



Ustaz Pasuni menjelaskan:



"Sebagai manusia beriman, tanamlah sedikit sebanyak rasa malu. Tanpa rasa malu, manusia akan terus dihanyutkan oleh keinginan hawa nafsu semata-mata.



"Membelakangi rasa malu akan menyebabkan nilai-nilai keimanan dan kemanusiaan akan pupus dalam dirinya."



BANGGA DENGAN DOSA?



Ustaz Pasuni akui bimbang melihat perkongsian remaja yang suka menzahirkan maksiat secara terang-terangan, khususnya di media sosial.



Apa yang lebih meresahkan, mereka bangga menayang kesalahan agama secara terbuka, tanpa rasa bersalah.



"Pertama, dia meremehkan hukum Allah swt dan ajaran Rasulullah saw. Contohnya, dia berbangga untuk memperdayakan wanita. Seolah-olah, dia mengambil kesempatan atas kelebihan yang dikurniakan Allah swt untuk mempengaruhi kaum wanita.



"Perbuatannya itu bukan sahaja merosakkan orang, malah ditambah dengan rasa bangga untuk membuat dosa. Dia tidak memikirkan kesan tindakannya, apatah lagi untuk bertaubat.



"Maka, berbangga dengan kesalahan yang dilakukan adalah salah satu daripada dosa besar," jelas Ustaz Pasuni.



Sebagaimana yang telah ditetapkan, umat Islam hendaklah berusaha mengikuti ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah saw. Apabila seseorang merendah-rendahkan ajaran Nabi Muhammad, maka ia dianggap sebagai satu dosa yang besar, sedangkan Allah swt menjadikan Rasulullah saw sebagai contoh terbaik dalam kehidupan, sebut ustaz.



TERPALIT FITNAH AGAMA



Seterusnya, perbuatan bangga menayang dosa boleh menjatuhkan maruah diri dan menimbulkan fitnah pada agama.



Seperti yang kita sedia maklum, Islam dinilai melalui ajarannya.



Jika penganutnya memperlihatkan keburukan, maka ia akan mencemarkan nama baik agama, kata Ustaz Pasuni.



"Masyarakat luar akan meneliti ajaran sesuatu agama berdasarkan perwatakan, perilaku, tahap kebersihan, pentadbiran dan amalan yang ditonjolkan oleh seseorang penganutnya.



"Apabila seseorang berbangga dengan dosa yang dipamerkan, maka ia akan menjejaskan maruah diri sebagai seorang Islam.



"Menerangkan dosa-dosa yang telah dilakukan adalah dilarang dalam agama kerana ia akan menimbulkan kesan yang buruk kepada pelbagai pihak. Malulah untuk berkongsi. Sedarilah bahawa dosa yang dibuat itu perlu menjadi urusan antara dia dengan Allah swt sahaja," pesan Ustaz Pasuni.




"Apabila seseorang berbangga dengan dosa yang dipamerkan, maka ia akan menjejaskan maruah diri sebagai seorang Islam."
- Ustaz Pasuni Maulan.




BIODATA



Ustaz Pasuni Maulan kadi di Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM).



Beliau juga pengerusi Masjid Tentera Di-Raja; naib pengerusi Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan mantan Pendaftar di ROMM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >