Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

NOOR MOHAMAD SERVICES & TRAVEL PTE LTD

Jelajah tempat bersejarah dari peristiwa Israk dan Mikraj

Aug 11, 2023 | 06:00 AM



Memahami salah satu peristiwa terbesar dalam sejarah kehidupan Nabi Muhammad saw, yang dikenali sebagai peristiwa Israk dan Mikraj, adalah penting bagi umat Islam.


Kini, syarikat pelancongan Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd menawarkan peluang kepada umat Islam menziarah tempat bersejarah di mana peristiwa Israk dan Mikraj berlaku melalui pakej kembara Israk dan Mikraj, serta meneroka warisan Islam. Pakej ini dijadualkan dari 6 hingga 13 Februari 2024.

Israk dan Mikraj, yang berlaku pada 27 Rejab, jatuh pada 8 Februari 2024.

Ciri unik pakej kembara Israk dan Mikraj dan meneroka warisan Islam ini adalah peluang bagi peserta mengunjungi Baitulmakdis, tempat Israk dan Mikraj berlaku.

Menurut Pengarah Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd, Ustazah Juyda Noor Mohamad, Baitulmakdis terletak di tengah Palestin, di atas bukit dengan ketinggian di antara 38 meter dengan 720 meter di atas aras laut. Kawasan Baitulmakdis merangkumi Masjidil Aqsa, masjid kedua yang dibina Nabi Ibrahim as.


Ustazah Juyda menyatakan, peserta akan berada di Masjidil Aqsa pada malam Israk dan Mikraj. Mereka juga berpeluang melawat kampung atau kawasan perumahan di situ, terlibat dalam bacaan zikir dan selawat, serta melihat bagaimana umat Islam Palestin merayakan peristiwa bersejarah itu.

“Peserta berpeluang melawat Baitulmakdis dan memahami sendiri kepentingan tempat itu. Contohnya, Baitulmakdis adalah tempat di mana Nabi Ibrahim as bersama isteri pertamanya, Siti Sarah, tinggal,” jelasnya.


Beliau juga menekankan, Baitulmakdis dikenali sebagai bandar suci bagi tiga agama: Islam, Kristian, dan Yahudi. Oleh itu, dengan melawat tapak ini, peserta dapat memahami mengapa ia memegang kepentingan dalam agama-agama besar dunia.

Ustazah Juyda meneruskan:

“Sejarah Israk dan Mikraj membuka akal dan pemikiran kita sebagai orang Islam. Bagaimana Allah memuliakan kekasih-Nya, Nabi Muhammad saw, dengan membawa baginda dari Semenanjung Arab ke Baitulmakdis. Bagaimana Nabi menaiki buraq, haiwan syurga sepanjang malam, dan berjumpa dengan Allah di Sidratul Muntaha.


“Tiada nabi atau malaikat yang lain dapat lakukan; dan turunnya perintah Allah untuk menetapkan solat lima waktu kepada umat Nabi Muhammad.”

Selain itu, peserta berpeluang melawat tempat warisan Islam seperti Laut Mati, Jericho, makam Nabi Musa as, Tel Aviv, dan Haifa, di mana ada taman Bahai untuk penganut Bahaiah dan Hebron – tempat makam Nabi Ibrahim as serta keturunan isteri baginda, Siti Sarah.


Peserta juga akan melawat sebuah sekolah, di mana pengasasnya adalah Kristian, tetapi sekolah tersebut menerima kanak-kanak yatim Islam. Di sini, peserta akan mengalami penerimaan hangat rakyat Palestin terhadap semua bangsa.

Pakej kembara ini membolehkan peserta menjamu selera juadah Palestin yang rasanya seakan-akan makanan Mediteranean seperti humus, pelbagai jenis salad dan jeruk, nasi istimewa iaitu nasi maqlubah serta manisan kunafe.


Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd berhasrat membawa kira-kira 40 jemaah. Bilangan jemaah yang terhad bertujuan memupuk keakraban dalam kalangan mereka dan meningkatkan pemahaman mereka tentang sejarah Islam.

Mutawif syarikat, Ustaz Shaheedan dan Ustazah Juyda, juga akan menyertai program kembara ini.

Pakej kembara Israk dan Mikraj serta warisan Islam dijual pada harga $3,480, termasuk penerbangan Turkish Airlines dan penginapan bilik berkembar.

Noor Mohamad Services & Travel Pte Ltd juga menawarkan pakej umrah bagi tahun 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >