Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Kelebihan bagi orang yang berbakti kepada orang tua

Nov 18, 2021 | 05:30 AM



"SEBAGAI anak..." nasihat Ustazah Nurul Nafiah Suwanda "sentiasalah berusaha memperbaiki diri. Jangan sesekali meninggikan suara, menggunakan perkataan kasar, sinis dan menyinggung perasaan serta membiarkan ibu bapa anda dalam keadaan memerlukan bantuan, sama ada dalam bentuk rohani atau jasmani.



"Antara kelebihan yang disediakan untuk orang yang berbakti kepada ibu bapa ialah doanya mustajab, doa ibu bapanya juga mustajab dan melihat wajah ibu bapanya akan dikira sebagai ibadah."



Dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Berita Harian apabila ditanya apakah kelebihan bagi anak-anak yang berjasa kepada orang tuanya, Mudirah Alive di Masjid Mujahidin itu, malahan berkata "berbakti kepada ibu bapa dapat menghapuskan dosa dan kesalahan serta keredaan Allah juga berada pada keredaan ibu bapa".



Menurut beliau, dikurniakan ibu bapa adalah antara nikmat yang Allah berikan kepada kita.



"Anak-anak zaman sekarang perlu meluangkan masa menziarahi ibu dan ayah selagi mereka masih hidup.



"Jika tidak dapat menziarahi, maka hubungi mereka dan bertanya khabar dan mengambil berat akan keperluan dan kesihatan mereka.



"Sumbangkan sedikit wang seberapa mampu untuk mendapatkan keberkatan pendapatan kita," kata beliau.



Ustazah Nurul Nafiah mengingatkan bahawa ini kerana mendapat keredaan ibu bapa adalah penting sebagai 'senjata' bagi kejayaan dan kesejahteraan hidup kita.



"Jangan sekali-kali kita pentingkan diri kerana kalau tidak kerana penat dan jerih mereka membesarkan kita, kita tidak akan dapat mengecapi hidup yang senang seperti adanya hari ini," pesan beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >