Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Kawal nafsu dan tundukkan pandangan

Hidayah
32
0

Kawal nafsu dan tundukkan pandangan

Pandangan akan menentukan perasaan dan keadaan hati. Dari mata turun ke hati, dari hati lahirnya lisan dan tindakan. 'Kesihatan mata' perlu sentiasa dijaga supaya tidak dirosakkan oleh ' virus' dosa. Kemudahan mengakses Internet pada zaman sekarang telah mendatangkan kerisauan kerana remaja semakin berisiko untuk terdedah dengan pornografi. Namun harus diingatkan bahawa kebiasaan menonton bahan lucah akan membawa kepada keruntuhan akhlak dan moral seseorang manusia.
Jan 15, 2021 | 05:30 AM

KAWAL NAFSU

Ketika diwawancara Berita harian, Ustaz Mohamad Rais berkata:

"Memang menjadi lumrah manusia, sekiranya mereka suka akan perkara-perkara yang menguji keterbatasan diri mereka.

"Hal ini berlaku kerana manusia dikurniakan nafsu untuk memenuhi kehendak makan, seksual dan emosi.

"Bagaimanapun, Allah swt tidak menciptakan hawa nafsu untuk kita mengikutinya. Tetapi, kita diwajibkan untuk mengawal nafsu agar kita tidak membawa diri ke arah lembah kebinasaan.

"Dalam mengendalikan nafsu, kita perlu menanam sifat istiqamah, sabar dan berjuang untuk melawan keseronokan dunia yang hanya menjadi permainan semata-mata."

KEBIASAAN MENJADI KETAGIHAN

Tambah ustaz lagi:

"Sebenarnya, kebiasaan diri lama-lama akan bertukar menjadi satu ketagihan. Keinginan yang melampau akan membawa kepada kerosakan diri dan perlanggaran norma hidup sebagai seorang Muslim sejati.

"Contohnya, pada awalnya mereka hanya ingin mencuba atau ingin tahu. Setelah mereka selesa menonton kandungan-kandungan media yang haram, mereka akan selalu ingin melihatnya. Inilah yang dinamakan sebagai ketagihan.

"Apabila seseorang itu sudah ketagih, maka agak payah untuk berubah. Jadi, berhentilah sebelum anda mengalami kesukaran untuk berubah."

HARAM TONTON BAHAN LUCAH

Menerangkan hukum menonton video lucah, Ustaz Mohamad Rais memberitahu:

"Secara dasarnya, perbuatan ini jelas haram di sisi agama. Apabila kita sebut tentang perkara haram, maka perbuatan tersebut akan mengundang kepada dosa.

"Allah swt melarang kita daripada melihat aurat orang lain. Peliharalah diri sebagai orang mukmin dengan menjaga kehormatan dan menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang diharamkan.

"Jika seseorang manusia membenarkan perbuatan menonton video atau melihat gambar lucah dengan sengaja dan berterusan, maka mereka termasuk dalam kalangan orang yang melampaui batas."

PERINTAH TUNDUKKAN PANDANGAN

Sedangkan, Allah swt memerintahkan agar kita menutup mata atau menundukkan pandangan seperti yang terkandung dalam surah An-Nuur:

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan." (24:30)

Sebahagian ayat yang seterusnya merakamkan firman Allah swt iaitu:

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka." (24:31)

KESAN MENONTON PORNOGRAFI

"Antara kesan ketagihan pornografi adalah membawa kepada kerosakan diri dan jiwanya.

Hal ini berlaku kerana dia akan terbawa-bawa dengan fantasi dan ilusi yang kotor, sekaligus merosakkan pemikiran seseorang.

"Dalam masa yang sama, terdapat banyak kes cerai yang berlaku akibat isteri tidak tahan dengan suaminya yang ketagih video pornografi.

"Orang yang ketagih akan hilang ilmu akhirat. Solatnya juga akan terjejas kerana dia tidak khusyuk dalam ibadah akibat terbayangkan pelbagai perkara dalam mindanya. Selain itu, risiko lelaki mati pucuk atau mati syahwat juga agak tinggi.

"Jelaslah, ia bukan sahaja membawa kepada kerosakan diri, malah ia mampu menggugat institusi rumah tangga. Sebab itu, Allah swt melarang kita daripada melakukan perkara yang akan membawa kepada kemudaratan diri."

MATA AKAN DISOAL

Ustaz berkata:

"Nikmat mata hendaklah dijaga dengan betul kerana banyak kerosakan akan bermula dari mata. Oleh itu, jangan terlalu senang untuk menonton bahan-bahan terlarang kerana kita akan disoal tentangnya di akhirat kelak."

Seperti mana firman Allah swt dalam surah Al-Israa':

"Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya." (17:36)

"Jangan kerap bersendiri, bercampurlah dengan orang soleh, dan hadiri majlis ilmu selalu. Insya-Allah, kita akan terpelihara daripada melakukan maksiat mata," seru ustaz.

Oleh itu kata ustaz, mata dan hati saling berkaitan, hati ialah raja dalam kerajaan diri.

Manakala mata umpama utusan yang bertugas sebagai penyampai maklumat yang sangat dipercayai oleh raja. Jika maklumat disampaikan baik, maka baiklah hati.

Apabila hati baik, seluruh anggota dan pancaindera akan menjadi baik, begitulah sebaliknya.

Oleh sebab mata mempengaruhi hati, usaha menjadi manusia yang lebih baik mesti bermula dengan menjaga mata.

Ustaz Mohamad H Rais lulusan Sarjana Muda bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah.


KESAN MENONTON PORNOGRAFI

Antara kesan ketagihan pornografi adalah membawa kepada kerosakan diri dan jiwanya.

Hal ini berlaku kerana dia akan terbawa-bawa dengan fantasi dan ilusi yang kotor, sekaligus merosakkan pemikiran seseorang.

Dalam masa yang sama, terdapat banyak kes cerai yang berlaku akibat isteri tidak tahan dengan suaminya yang ketagih video pornografi.

Orang yang ketagih akan hilang ilmu akhirat. Solatnya juga akan terjejas kerana dia tidak khusyuk dalam ibadah akibat terbayangkan pelbagai perkara dalam mindanya. Selain itu, risiko lelaki mati pucuk atau mati syahwat juga agak tinggi.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3