Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

PERGAS INVESTMENT HOLDINGS PTE LTD

Khidmat wasiat guna sistem digital

Dec 12, 2022 | 05:30 AM



RAMAI dalam kalangan orang Islam kita yang berasakan rumit dan 'mahal' untuk membuat wasiat.



Beberapa kajian di luar negara, contohnya di Malaysia, telah menunjukkan masih ramai yang belum membuat wasiat dalam kalangan rakyat mereka.



Merancang harta dan wasiat bukan untuk orang kaya atau orang tua sahaja. Malah umat Islam disyariatkan untuk membuat wasiat seperti tertera di dalam Al-Quran dan hadis seperti berikut:



"(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh si mati dan sesudah dibayar hutangnya." - Surah Al-Nisa': 11.



"Tidak sepatutnya seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu ingin diwasiatkan tidur dua malam melainkan dia menulis wasiat di sisinya." - Riwayat Muslim.



Islam memandang penting membuat wasiat kerana dapat memberi keadilan serta persiapan kita sebelum kita meninggalkan dunia ini.



Banyak salah tanggapan serta tiada pengetahuan langsung tentang wasiat dan perancangan harta antara sebab utama wasiat selalu ditangguhkan atau kurang diberi perhatian.



ANTARA SEBAB ENGGAN BUAT WASIAT



■ Tiada pengetahuan langsung, dan juga tidak ingin memahami kerana berasa perkara ini terlalu rumit.



■ Menyifatkan ia sebagai tidak penting, ajal lagi jauh.



■ Tidak memiliki harta yang banyak.



■ Cukup hanya memberi pesanan kepada pewaris.



■ Risau caj atau bayaran yang tinggi dan mahal apabila membuat wasiat, apabila pergi ke pejabat peguam.



■ Tidak tahu di mana harus mendapatkan khidmat wasiat ini.



Bagi warga Islam Singapura pula, harta yang dimiliki seperti flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), simpanan di Lembaga Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan insurans boleh diselesaikan dengan membuat pencalonan atau nominasi.



Oleh kerana fatwa terkini melihat nominasi sebagai hibah dan dibolehkan, ini kerana dapat memudahkan pembahagian harta mereka.



Tetapi wasiat mempunyai peranan yang jauh lebih penting, kerana kita boleh melantik pentadbir atau administrator atau juga pelaksana executor untuk menguruskan harta kita.



Justeru ia akan menyenangkan, mempercepat dan menjimatkan kos serta urusan perundangan apabila pewaris kita ingin menguruskan harta kita apabila kita sudah meninggal dunia kelak.



Kita juga boleh melantik guardian atau penjaga dalam wasiat kita, umpamanya jika kita masih ada anak bawah umur.



Memandangkan perundangan Islam hanya membolehkan kita mewasiatkan 1/3 sahaja harta kita, bahagian ini boleh kita gunakan untuk membuat sedekah jariah kita seperti membuat wakaf, menyumbang kepada masjid, madrasah atau badan-badan Islam.



Kita juga boleh menggunakan bahagian ini untuk memberi kepada anak angkat atau penjaga kita atau mereka yang bukan pewaris kita.



Pewaris kita tidak boleh diwasiatkan sebagaimana tertera dalam hadis berikut:



"Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada setiap orang yang berhak akan hak masing-masing. Maka, tiada wasiat untuk waris." - Riwayat Abu Daud.



Tetapi, masih boleh diberikan kepada waris jika waris setuju dengan pemberian tersebut.



Sandarannya adalah berdasarkan hadis daripada Abdullah bin 'Abbas ra bahawa Rasulullah saw bersabda:



"Tidak boleh berwasiat kepada waris melainkan jika diizinkan oleh warisnya yang lain." - Riwayat Abu Daud.



Wasiat juga mempunyai pesanan-pesanan penting seperti membayar hutang, zakat, fidyah dan juga memesan anggota keluarga agar senantiasa melaksanakan ibadah dan membuat amal jariah.



iwasiat.sg adalah wadah yang disediakan oleh Pergas Investment Holdings bagi memudahkan orang ramai membuat wasiat secara maya.



Oleh itu, mereka tidak perlu risau tentang bayaran yang tinggi kerana harganya telah ditetapkan.



Khidmat pertanyaan secara percuma juga boleh didapatkan supaya memudahkan mereka membuat wasiat.




► Artikel ini adalah sumbangan Dr Shamsiah Abdul Karim, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pergas Investment Holdings Pte Ltd.




UNTUK MAKLUMAT LANJUT



Sila lungsuri laman https://iwasiat.sg atau e-mel kepada info@pih.sg.



Anda juga boleh menghubungi talian 6904-8374 atau 9022-5179.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >