Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Larangan saling mendengki

Jan 08, 2021 | 05:30 AM



DALAM sejarah kehidupan manusia, perasaan dengki sebenarnya telah lahir sejak zaman Nabi Adam a.s.



- Sebagaimana kisah yang terdapat di dalam Al-Quran. Allah berfirman:



"Ceritakanlah kepada mereka kisah dua putera Nabi Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang daripada mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil).



Dia berkata (Qabil): "Aku pasti membunuhmu!". Berkata Habil: "Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) daripada orang-orang yang bertakwa". (Al-Mai'dah: 27)



KISAH NABI YUSUF



- Di dalam Al-Quran misalnya, Allah swt memaparkan kisah Nabi Yusuf yang dicampakkan oleh saudarasaudaranya ke dalam telaga kerana merasa dengki kepadanya yang sangat disayangi oleh bapanya, iaitu Nabi Yaqub.



Hal ini terakam pada firman-Nya yang bermaksud:



"(Kisah itu bermula) tatkala saudara-saudara Yusuf berkata (sesama sendiri):



'Sesungguhnya Yusuf dan adiknya lebih disayangi oleh bapa kita daripada kita, padahal kita ini satu kumpulan (yang ramai dan berguna). Sesungguhnya bapa kita adalah dalam keadaan tidak adil yang nyata.'



(Ramai di antara mereka berkata): "Bunuhlah Yusuf atau buanglah dia ke suatu tempat yang jauh, supaya perhatian dan kasih sayang bapa kamu tertumpu kepada kamu semata-mata, dan supaya kamu sesudah itu menjadi orang-orang yang baik dan berguna."



(Yusuf: 8-9)



- Allah swt menjelaskan tentang orang-orang yang hasad dengki dalam surah Muhammad, ayat 29-30:



"Patutkah orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya menyangka bahawa Allah tidak sekali-kali akan mendedahkan perasaan dendam dan hasad dengki mereka (terhadap Nabi Muhammad saw dan umatnya)?"



(Muhammad: 29)



Dan sekiranya Kami kehendaki, tentulah Kami akan memperkenalkan mereka kepadamu (wahai Muhammad), lalu engkau tetap mengenalinya dengan tanda-tanda (yang menjadi sifat) mereka dan demi sesungguhnya, engkau akan mengenali mereka dari gaya dan tutur katanya dan (ingatlah kamu masing-masing), Allah mengetahui segala yang perbuatan-perbuatan kamu.



(Muhammad: 30)



PERINGATAN



- Amaran serta peringatan ini terangkum dalam hadis daripada Abu Hurairah ra yang menceritakan bahawa Nabi saw bersabda:



"Takutlah kamu pada sifat dengki (hasad dan iri hati), sesungguhnya dengki itu dapat memakan kebaikan-kebaikanmu sebagaimana api memakan kayu bakar." (HR Abu Daud).



- Sabda Nabi saw yangbermaksud:



·"Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan hasad dengki." (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi).·



- Dari Abdullah bin Basyar, dari Nabi saw :



"Tidaklah termasuk golonganku, si pendengki, orang yang mengadu domba, orang yang mengamalkan ilmu tenung dan saya pun tidak daripada golongan mereka.



"Kemudian baginda membaca ayat yang bermaksud:



"Orang-orang yang menyakiti hati orang mukmin lelaki mahupun wanita dengan apa-apa yang mereka tidak lakukan (tuduhan palsu), maka sesungguhnya mereka itu telah melakukan kedustaan dan dosa yang nyata. " (Thabrani)



BERTAUBAT



Allah berfirman maksudnya:



"Dan barang siapa mengerjakan keburukan atau menganiaya diri sendiri, kemudian memohon pengampunan Allah, maka ia akan mendapati Allah itu adalah Maha Pengampun dan Maha Penyayang."



( An-Nisa: 110)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >