Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Manusia ciptaan hebat Allah

Oct 02, 2020 | 05:30 AM



SAINS adalah sebuah cabang ilmu yang boleh diuji atau dibuktikan menerusi kaedah saintifik.



Namun, tiada satu cabang ilmu yang dapat menandingi pengetahuan Allah swt yang meliputi setiap perkara besar mahu pun halus.



Dalam surah Al-Israa', Allah swt berfirman:



"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: Roh itu dari perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja." (17:85)



Dengan itu, jelaslah bahawa pengetahuan manusia hanyalah setitis sahaja daripada samudera ilmu Allah swt.



Maka, manusia hanya memperolehi pengetahuan hasil daripada perkara yang sudah sedia ada, yang disokong dengan keterangan-keterangan nyata.



PENCIPTAAN MANUSIA DAN SAINS



Ustaz Mohamad Rais dalam sesi Zoom Berita Harian, beliau menyatakan:



"Manusia menggunakan sains, bukanlah bermaksud manusia yang mencipta. Tetapi, manusia hanya menyelidik benda yang sudah tersedia. Maksudnya, apa sahaja penciptaan manusia sebenarnya terhasil daripada apa yang telah disediakan oleh Allah swt atas muka bumi ini.



"Dalam al-Quran sendiri, tiada fakta-fakta yang berlawanan dengan apa yang manusia telah capai dari sudut sains kerana segala keterangan adalah sangat jelas.



"Setiap kejadian mempunyai kaitan rapat dengan sains dunia kerana ia mempunyai keterangan tertentu yang tidak boleh ditolak, sama seperti penciptaan atau proses kewujudan manusia."



ASAL KEJADIAN MANUSIA



Allah swt merakamkan firman-Nya melalui ayat ke-12 hingga 14 dalam surah al-Mukminun:



"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; kemudian Kami jadikan 'pati' itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh; kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku.



"Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta."



Menurut Ustaz, berdasarkan ayat tersebut, proses penciptaan manusia telah terhasil daripada tanah pada awal kejadian.



Kemudian, setelah sperma bersatu dengan sel telur, unsur tanah ini berubah menjadi zigot (sel yang terbentuk hasil persenyawaan benih jantan dengan benih betina) yang ditempatkan di ruang rahim.



Seterusnya, zigot ini akan menjalani proses untuk bertukar menjadi segumpal darah.



Perkara ini dijelaskan lagi dalam firman Allah swt:



"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah." (Al-Alaq: 1-2)



Selanjutnya, gumpalan darah ini akan mengalami proses sehingga ia membentuk segumpal daging.



Daripada gumpalan daging itu, ia akan membentuk tulang belulang yang membaluti daging tersebut.



Akhir sekali, keluarlah janin iaitu seorang bayi yang dijadikan Allah swt sebagai khalifah di atas dunia ini.



" Begitulah indahnya penciptaan manusia yang sangat menakjubkan dan sempurna daripada Allah Yang Maha Agung," jelas Ustaz.



MANUSIA CIPTAAN TERBAIK



Penciptaan manusia sangat abstrak. Oleh itu, kejadian manusia ini mempunyai nilai yang sangat tinggi di sisi Allah swt.



Dalam surah At-Tiin, Allah swt menyatakan firman-Nya:



"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)." (95: 4)



Ustaz Mohamad Rais memberi penerangan:



"Allah swt menciptakan pelbagai makhluk seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan, dan lain-lain. Namun, manusia jauh lebih mulia kerana penciptaannya mengatasi tahap penciptaan yang lain, terutamanya dari segi akal fikiran.



"Contohnya, jika manusia ingin bertanding kepantasan dengan seekor kuda, semestinya kuda itu yang akan menang. Tetapi, manusia lebih cerdik dengan akal fikiran, maka manusia boleh menggunakan kereta untuk menghasilkan kepantasan yang lebih optimum.



"Hal ini bermaksud, manusia menggunakan akal dan ilmu kecerdasan yang tiada pada seekor haiwan.



"Sesungguhnya, Allah swt telah memuliakan penciptaan anak-anak Adam, berbanding dengan makhluk-makhluk-Nya yang lain. Sebab itu, tanggungjawab manusia jauh lebih berat daripada seekor haiwan. Maka, hargailah kemuliaan dan tanggungjawab itu dengan sebaiknya."



MANUSIA KUAT KERANA ALLAH



Secara jelasnya, proses kejadian manusia menjadi salah satu bukti kekuasaan Allah swt bagi mereka yang berfikir.



"Ketahuilah bahawa segala kelebihan dan kejayaan yang kita perolehi adalah hasil daripada kurniaan Allah swt.



"Maka, tiada guna untuk berasa kagum atau riak dengan kejayaan diri kerana segala nikmat yang telah dikecapi selama hari ini terhasil daripada pertolongan Allah swt.



"Seorang manusia tercipta bukan daripada mereka sendiri, sebaliknya Allah swt yang menciptakan mereka dengan kuasa yang tidak dapat dilihat oleh manusia.



"Ternyata, manusia itu datang daripada sesuatu yang hina dan lemah. Maka, kita tidak mempunyai kekuatan melainkan pemberian Allah swt.



"Sebagai insan yang mempunyai akal fikiran yang waras, kita seharusnya memanjatkan kesyukuran atas segala nikmat yang telah dicapai. Ingatlah, daripada 'tanah' kita diciptakan dan kepada 'tanah' kita akan dikembalikan.



"Dari Allah swt kita datang, kepada Allah swt jua kita akan kembali," pesan ustaz.




"Sesungguhnya, Allah swt telah memuliakan penciptaan anak-anak Adam, berbanding dengan makhluk-makhluk-Nya yang lain. Sebab itu, tanggungjawab manusia jauh lebih berat daripada seekor haiwan. Maka, hargailah kemuliaan dan tanggungjawab itu dengan sebaiknya."
​- Ustaz Mohamad H Rais




  • Ustaz Mohamad H Rais lulusan Sarjana Muda bidang teologi dan falsafah daripada Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >