Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID HAJI MUHAMMAD SALLEH

Masjid usahakan baik pulih Makam Habib Noh

Oct 10, 2022 | 05:30 AM



USAHA pemuliharaan Makam Habib Noh yang sudah berusia lebih 150 tahun ini bakal dijalankan oleh Masjid Haji Muhammad Salleh. Menurut pengerusi masjid itu, Encik Khalid Mohamad, makam ini menjadi bukti sejarah kepada kewujudan seorang wali Allah yang sangat masyhur dalam kalangan masyarakat Islam dan bukan Islam di seluruh dunia.



BIODATA HABIB NOH



Lahir pada 1788, Habib Noh, atau nama sebenarnya Sayyid Noh bin Sayyid Mohamad bin Sayyid Ahmad Al-Habshi, merupakan seorang yang sangat dihormati semasa hayatnya, juga selepas pemergiannya.



Kehidupannya yang alim banyak menyaksikan penghijrahan di sekitar Nusantara, termasuklah Kedah dan Pulau Pinang. Sekitar 1819, beliau berhijrah ke Singapura, yang ketika itu baru diasaskan oleh Sir Thomas Stamford Raffles. Habib Noh meninggal dunia pada 27 Julai 1866.



Mengikut catatan Allahyarham Sheikh Hasan Al-Khatib, bekas penjaga makam itu selama 44 tahun, telah berlaku satu peristiwa yang luar biasa semasa ibu bapa Habib Noh bertolak dari Yaman menuju ke Nusantara dengan sebuah kapal. Pada ketika itu, ibu Habib Noh mengalami sakit bersalin dalam suasana badai yang sangat dahsyat.



Kemudian, ayah Habib Noh menyatakan nazar untuk menamakan anaknya 'Noh', jika anaknya selamat dilahirkan. Nama tersebut dipilih sebagai satu keberkatan daripada peristiwa Nabi Nuh as.



Ketika Habib Noh masih hidup, Allah swt telah menganugerahkan kelebihan luar biasa kepadanya dari sudut kekayaan jiwa, keberkatan doa, hikmah perbuatan dan sebagainya. Beliau juga gemar membantu orang lain, terutamanya golongan miskin dan kanak-kanak.



Makamnya yang terletak di Palmer Road itu tidak pernah putus dikunjungi masyarakat Islam dan bukan Islam. Ia diziarahi oleh para habib, ulama, kiai dan juga turut dilawati oleh golongan yang berpengaruh serta pembesar-pembesar negara dari pelbagai pelosok dunia seperti China, Taiwan, India sera Eropah.



Kehadiran mereka membuktikan bahawa kisah Habib Noh sangat terkenal dalam kalangan masyarakat luar negara.



BAIK PULIH MAKAM HABIB NOH



Sebelum ini, kedudukan awal Masjid Haji Muhammad Salleh (asalnya sebuah surau) tidak terletak begitu dekat dengan Makam Habib Noh. Namun, kemudian ia dibina semula bersebelahan Makam Habib Noh sekitar 1903.



Masjid Haji Muhammad Salleh telah dibina berdampingan dengan



Makam Habib Noh oleh salah seorang sahabat baiknya sendiri, iaitu Haji Muhammad Salleh, bagi memudahkan mana-mana individu menunaikan solat di masjid terlebih dahulu, sebelum menziarahi makam tersebut.



Encik Khalid menjelaskan, keadaan makam yang sudah usang memerlukan kerja pemulihan dan pengubahsuaian. Terdapat beberapa bahagian tembok yang mengalami rekahan, jubin yang terpasang mula terkopek dan warna cat juga semakin pudar dan lusuh.



"Oleh itu, pihak masjid amat mengharapkan kerjasama orang ramai agar terus menyumbang kepada kerja pemuliharaan makam warisan yang menjadi kebanggaan umat Islam dan bukan Islam pada hari ini," katanya.




CARA MENDERMA



Sumbangan boleh dilakukan melalui:



► Imbas kod QR yang disediakan.



► PayNow ke S03MQ0039G.



► Pemindahan wang ke dalam Akaun Semasa OCBC 59100798-400 di bawah nama akaun 'LPM HAJI MUHAMMAD SALLEH'.



Sila nyatakan di rujukan (reference) sama ada untuk derma masjid ataupun dana makam.



Layari www.hjmuhdsalleh.org.sg atau hubungi talian 6220-9257 untuk maklumat lanjut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >