Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Apa bukti kita cintakan NABI?

Oct 21, 2021 | 05:30 AM



RAMAI Muslim mengaku "saya cinta Rasulullah".



Antara lain, ada yang meluahkannya, ada yang menyatakannya pada baju, tingkap kereta dan membacakan selawat ke atas Rasulullah saw.



Sempena Rabiulawal ini, ramai yang menghadiri majlis-majlis Maulidur Rasul untuk mendengar ceramah mengenai perjuangan dan pengorbanan Nabi saw untuk umat selain membaca kitab-kitab berzanji, qasidah dan burdah untuk menyingkap sejarah hidup baginda.



Kesemua ini dilakukan untuk menzahirkan rasa cinta kepada kekasih kita Nabi Muhammad saw.



"Mencintai Rasulullah saw memang salah satu tuntutan agama," jelas ketua pegawai eksekutif Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas), Ustaz Dr Mohamed Qusairy Thaha, kepada Berita Harian.



"Ini terakam dalam firman Allah swt yang bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad) jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku (yakni Rasulullah saw) nescaya Allah akan mencintai kamu dan akan mengampunkan kesalahan-kesalahan kamu". (Al-Imran: 31).



"Ayat ini memerintahkan kita supaya menjadikan Rasulullah saw contoh teladan dan ikutan dalam menjalani kehidupan keagamaan dan sosial.



"Faktor cinta merupakan elemen penting kerana perkataan cinta diungkapkan sebanyak dua kali dalam ayat ini."



Cinta, terang beliau, merupakan keperluan dalam kehidupan manusia dan bagaikan air yang diperlukan oleh jiwa manusia yang sentiasa dahagakan siraman kasih Ilahi.



"Inilah antara tujuan utama kita mengadakan maulid. Tujuan dan objektif sambutan Maulidur Rasulullah saw perlu diberikan perhatian dan harus dianalisis bagi menambah nilai pada sambutannya.



"Tujuan utama mengadakan maulid bukan hanya terletak pada amalan seperti membaca qasidah dan memberikan jamuan sahaja, malah yang lebih penting adalah menanamkan rasa cinta kepada Rasulullah saw dalam diri setiap Muslim dan anak-anak," terang Ustaz Dr Qusairy, yang berkelulusan doktor falsafah (PhD) dalam Tamadun Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).



Rasa cinta kepada Rasulullah saw ini, tegas beliau, dapat dicapai dengan mencontohi keperibadian mulia Nabi saw dan menghayati sejarah kehidupan baginda.



"Inilah yang digambarkan dalam qasidah-qasidah maulid yang dibaca sekiranya kita memerhatikan maksudnya.



"Maksud pengutusan Rasullullah saw sebagai rahmat bagi sekelian alam telah diterjemahkan oleh baginda dalam seluruh kehidupannya," tambah Ustaz Dr Qusairy, yang turut menduduki beberapa lembaga, termasuk sebagai anggota dilantik Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB) dan majlis Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM).



Layanan baik dan interaksi mesra bersama ahli keluarga, terutama golongan wanita, kata beliau lagi, adalah antara asas utama keperibadian Nabi saw.



"Bermanis muka kepada sesiapa sahaja, menghormati jiran yang Muslim dan bukan Muslim serta peka terhadap keperluan mereka adalah antara bukti keluhuran budi pekerti baginda dalam berinteraksi dengan pelbagai ragam manusia.



"Keperibadian mulia baginda juga tergambar ketika baginda menghadapi masa-masa sukar. Ini sangat membantu dalam menghadapi cabaran, terutama dalam masa pandemik ini seperti isu keganasan rumah tangga dan tuduhan palsu di media sosial," terang beliau.



Menurut Ustaz Dr Qusairy, cara baginda menangani masalah konflik rumah tangga yang diadukan kepadanya oleh seorang wanita dirakamkan di awal surah al-Mujadilah (58:1-4).



Cara baginda menenangkan sikap isterinya yang tidak berpuas hati juga tergambar dalam surah al-Tahrim (66:1-5).



Sikap tenang baginda dalam menangani fitnah ketika isterinya dituduh melakukan perkara sumbang juga digambarkan dalam surah al-Nur (24:11-20).



"Semangat untuk mengikuti jejak langkah baginda Nabi saw dan menjadikan baginda sebagai idola dalam segenap aspek kehidupan dapat menambahkan lagi makna dan nilai dalam sambutan maulid," ujarnya.



"Perayaan maulid merupakan sambutan menyambut kehadiran Rasulullah saw dalam kehidupan manusia. Ia merupakan salah satu wasilah untuk mencapai rasa cinta kepada Allah swt dan Rasulullah saw."



MEMULIAKAN NABI SAW.



Allah swt, sambung Ustaz Dr Qusairy, memuliakan Nabi Muhammad saw dengan memuji akhlak baginda dalam Al-Quran.



Antara tanda lain penghormatan Allah swt kepada Rasulullah saw dalam Al-Quran tergambar melalui panggilan kepada baginda dengan menggunakan lafaz yang mulia seperti "Wahai Nabi" (al-Tahrim:1) dan "Wahai Rasul" (al-Maidah:67).



Selain itu, Allah swt juga menggunakan kata ganti nama "engkau" ketika memuji akhlak baginda seperti "Sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) berada di atas akhlak mulia yang agung." (al-Qalam: 4) berbanding panggilan wahai Muhammad.



"Oleh itu, sebagai umat Nabi Muhammad saw, seharusnya kita memuliakan baginda dengan selayaknya dalam apa juga keadaan dan situasi," kata beliau.



SAMBUTAN MAULID DI MESIR



"Pada pendapat saya, sambutan maulid yang diadakan di Mesir boleh dijadikan contoh ikutan dan tauladan.



"Musim Maulid di Mesir disambut secara besar-besaran dan amat meriah. Manis-manisan dijual di merata tempat. Kedai-kedai menjual manisan ini dihiasi dengan lampu berwarna-warni dan kelihatan terang-benderang.



"Ibu bapa menghadiri majlis maulid dengan membawa anak-anak mereka bersama. Mereka ingin mendidik dan menanam dalam diri anak-anak agar menyayangi Rasulullah saw.



"Bagi mereka, ia merupakan suatu perkara yang telah diajarkan oleh ibu bapa mereka dan amalan ini telah diwarisi sejak turun-menurun."



Menurut Ustaz Dr Qusairy lagi, Profesor Dr Ali Goma antara ulama terkemuka Mesir yang menganjurkan majlis-majlis maulid ini.



Beliau, yang berpeluang hadir bersama dalam beberapa majlis maulid yang diadakan di Mesir, berkata jemputan terdiri daripada qari-qari Al-Quran terkemuka, syeikh-syeikh Universiti Al-Azhar, kumpulan-kumpulan qasidah dan pembaca syair Arab terkenal.



Para ulama yang hadir, tambahnya, melahirkan kegembiraan dan kesyukuran dalam ucapan mereka sehingga dapat dirasakan oleh hadirin.



Dalam syarahan mereka, ayat-ayat Al-Quran dan hadis yang menganjurkan agar mencintai Rasullullah saw dibacakan dan diterangkan.



"Mereka berusaha melahirkan rasa kegembiraan dengan pengutusan Rasulullah saw sebagai rahmat bagi seluruh alam. Ia diikuti dengan bacaan qasidah dan nasyid yang sangat menarik selama beberapa jam lamanya.



"Semoga usaha menghayati keperibadian Rasulullah saw pada musim maulid ini akan melahirkan lebih ramai lagi generasi masa hadapan yang mempunyai sifat rahmah, mempunyai rasa cinta kepada Rasulullah saw, mencintai masyarakatnya dan berpegang teguh dengan agama Islam dalam kehidupan harian mereka," ujar Ustaz Dr Qusairy.



Perintah jadikan Rasulullah saw contoh dan ikutan dalam jalani kehidupan



"Katakanlah (wahai Muhammad) jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku (yakni Rasulullah saw) nescaya Allah akan mencintai kamu dan akan mengampunkan kesalahan-kesalahan kamu." (Al-Imran: 31)



Ganjaran hidupkan sunnah Rasulullah



"Barang siapa menghidupkan (mengamalkan) sunnahku bererti ia benar-benar mencintaiku, dan barang siapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku dalam syurga."



(HR as-Sajzi melalui Anas ra)




Perintah jadikan Rasulullah saw contoh dan ikutan dalam jalani kehidupan



“Katakanlah (wahai Muhammad) jika kamu mencintai Allah, maka ikutilah aku (yakni Rasulullah saw) nescaya Allah akan mencintai kamu dan akan mengampunkan kesalahan-kesalahan kamu.” (Al-Imran: 31)



Ganjaran hidupkan sunnah Rasulullah



“Barang siapa menghidupkan (mengamalkan) sunnahku bererti ia benar-benar mencintaiku, dan barang siapa yang mencintaiku, maka ia akan bersamaku dalam syurga.”
(HR as-Sajzi melalui Anas ra)




PENGUTUSAN NABI SAW RAHMAT BAGI SEKELIAN ALAM



"Layanan baik dan interaksi mesra bersama ahli keluarga, terutama golongan wanita, kata beliau lagi, adalah antara asas utama keperibadian Nabi saw.



Bermanis muka kepada sesiapa sahaja, menghormati jiran yang Muslim dan bukan Muslim serta peka terhadap keperluan mereka adalah antara bukti keluhuran budi pekerti baginda dalam berinteraksi dengan pelbagai ragam manusia.



Keperibadian mulia baginda juga tergambar ketika baginda menghadapi masa-masa sukar. Ini sangat membantu dalam menghadapi cabaran, terutama dalam masa pandemik ini seperti isu keganasan rumah tangga dan tuduhan palsu di media sosial."
- Ustaz Dr Mohamed Qusairy Thaha, ketua pegawai eksekutif Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura (Pergas). 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >