Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Keistimewaan Hari & Malam Jumaat

Jumaat penghulu hari - doa mustajab dan amalan penghapus dosa antara fadilatnya
Jun 24, 2021 | 05:30 AM



Malam Jumaat dekat dengan hati kaum Muslim. Ia satu malam yang "istimewa" dengan kita dianjurkan membuat amalan-amalan seperti yang ada dalam sunah. Minggu ini Berita Harian mengupas secara ringkas antara fadilat malam ini.




HARI Jumaat ialah hari besar yang dikhususkan kepada umat Islam sahaja.



Dengan keagungan hari Jumaat, ia memperlihatkan perbezaan antara umat Islam dengan umat lain yang mempunyai hari kebesaran masing-masing, yakni hari Sabtu untuk orang Yahudi dan hari Ahad untuk orang Nasrani.



KEISTIMEWAAN HARI JUMAAT



Hari Jumaat dipanggil sebagai sayyidul ayyam atau penghulu segala hari kerana hari tersebut mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri.



Seperti mana yang dinyatakan dalam satu hadis bahawa Rasulullah saw:



"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari yang paling agung di sisi Allah, ia lebih besar di sisi Allah dari Hari Raya Aidiladha dan Aidilfitri.



"Padanya ada lima perkara, iaitu hari Allah menjadikan Adam, hari Allah menurunkan Adam ke bumi, padanya Allah mematikan Adam dan padanya juga ada satu detik apabila seseorang itu tidak memohon sesuatu melainkan Allah memberikannya selagi dia tidak memohon sesuatu yang haram dan padanya (hari Jumaat) berlakulah hari kiamat." (Riwayat Ibnu Majah)



"Sesungguhnya dalam tujuh hari itu, tidak ada yang lebih mulia selain hari Jumaat kerana banyak kelebihan yang terkandung dalamnya. Sebab itu, Hari Jumaat dijadikan sebagai hari pelepasan bagi umat Islam," kata Ustaz Mohamad H Rais.



WAKTU AFDAL BERDOA



Ustaz menjelaskan sebaik-baik doa adalah kita berdoa pada hari Jumaat.



Sebahagian besar ulama menyatakan waktu yang afdal untuk berdoa pada hari tersebut adalah ketika waktu asar.



Namun begitu, terdapat pandangan lain tentang waktu afdal untuk berdoa.



Seperti mana yang dikatakan daripada Abu Musa al-Asy'ari bahawa beliau mendengar Nabi saw menyatakan sabda tatkala ditanya oleh Ibn Umar tentang waktu mustajab pada hari Jumaat:



"Adakah kamu pernah mendengar ayahmu meriwayatkan hadis daripada Rasulullah saw berkenaan satu waktu (mustajab) pada hari Jumaat?



"Ya, aku pernah mendengarnya." Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda: "Ia adalah antara duduknya imam sehingga selesainya solat didirikan." (Riwayat Muslim).



Pendapat lain pula adalah berpandukan hadis daripada Jabir ra bahawa Rasulullah bersabda:



"Hari Jumaat mempunyai 12 jam, padanya terdapat satu waktu yang mana tidak ada seorang hamba yang meminta sesuatu kepada Allah swt melainkan Allah swt akan memberikan apa yang dimintanya itu kepadanya. Maka carilah waktu tersebut pada akhir waktu selepas asar." (Riwayat al-Nasa'ie)



MENUTUP DOSA



Dalam pada masa yang sama, Rasulullah saw bersabda dalam sebuah hadis Riwayat Muslim:



"Antara solat lima waktu, hari Jumaat dengan Jumaat berikutnya, hingga Ramadan dan Ramadan selanjutnya, terdapat waktu pengampunan dosa yang diberikan oleh Allah swt.



"Kelebihan Hari Jumaat yang lain adalah ia boleh menutup dosa-dosa atau kejahatan selama satu minggu.



"Ertinya, jika seseorang memiliki kesalahan yang dilakukan selama seminggu, maka Allah swt akan menutup dosanya tersebut pada Hari Jumaat."



MANDI PADA HARI JUMAAT



Daripada Abu Sa'id al-Khudri ra, bahawa Nabi saw bersabda:



"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang yang baligh." (Riwayat Muslim)



Ustaz menyampaikan pesanan tentang amalan sunat yang perlu ditekankan pada hari Jumaat.



Beliau memberitahu:



"Amalan mandi ini disyariatkan kepada kaum lelaki yang ingin hadir untuk menunaikan solat Jumaat. Lakukan amalan sunat seperti bersiwak, memakai bau-bauan dan pakai pakaian yang paling baik untuk datang ke masjid.



"Tambahlah dengan perbuatan segera hadir ke masjid dan diam ketika Imam sedang berkhutbah sehingga selesai melaksanakan solat. Insya-Allah, akan ada keberkatan daripada usaha kita tersebut."



INGATI RASULULLAH



Daripada Abu Umamah ra, bahawa Nabi saw bersabda:



"Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga)." (Riwayat al-Baihaqi)



Oleh itu, umat Islam hendaklah berusaha untuk mengingati Rasulullah saw dengan memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat kerana amalan ini boleh memakbulkan segala permintaan dan menghapuskan dosa-dosa kecil. Bacalah, sekurang-kurangnya 100 kali dalam sehari.



"Jika mampu, bacalah 1,000 kali selawat dalam sehari sebab kita sudah dijelaskan tentang kemuliaan hari Jumaat. Maka, hargailah kelebihan hari Jumaat ini dengan memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw," tambah Ustaz.



Ustaz Mohamad H Rais lulusan Sarjana Muda bidang teologi dan falsafah dari Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau merupakan mantan Presiden Kanan Mahkamah Syariah. 




Sabda Rasulullah saw:



"Antara solat lima waktu, hari Jumaat dengan Jumaat berikutnya, hingga Ramadan dan Ramadan selanjutnya, terdapat waktu pengampunan dosa yang diberikan oleh Allah swt. Kelebihan Hari Jumaat yang lain adalah ia boleh menutup dosa-dosa atau kejahatan selama satu minggu. Ertinya, jika seseorang memiliki kesalahan yang dilakukan selama seminggu, maka Allah swt akan menutup dosanya tersebut pada Hari Jumaat."




Amalan yang Digalakkan pada Malam Jumaat dan Hari Jumaat



MEMBACA SURAH AL-KAHFI



- Boleh dilakukan pada malam Jumaat atau hari Jumaat.



Sabda Rasulullah saw: "Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada malam Jumaat, dia akan disinari cahaya antara dia dan Kaabah." (Riwayat al-Darimi)



Dalam sebuah lagi hadis, Baginda saw bersabda: "Barang siapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat." (Riwayat al-Baihaqi)



MEMBACA SURAH AL-SAJADAH DAN SURAH AL-INSAN



- Dianjurkan untuk membacanya ketika solat subuh pada hari Jumaat.



Ini sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra yang berkata: "Nabi Muhammad saw biasa membaca pada solat subuh pada hari Jumaat 'Alam Tanzil…' (Surah al-Sajadah) pada rakaat pertama dan Hal ataa 'alal insani hinum minad dahri lam yakun syai-am madzkuro (Surah al-Insan) pada rakaat kedua." (Riwayat Muslim)



BERSIHKAN DIRI PADA HARI JUMAAT



- Memotong kuku antara amalan lazim yang dilakukan terutama pada hari Jumaat.



Imam Nawawi menyatakan: "Imam Syafie dan para ulama Mazhab Syafi'iyyah menegaskan dianjurkan memotong kuku dan mencukur rambut-rambut di badan (kumis dan bulu kemaluan) pada hari Jumaat." (Rujuk Al-Majmu' Syarh Al-Muhadzdzab, 1:287)



Bagaimanapun, dalam perihal memotong kuku, tiada hari-hari tertentu ditetapkan dengan kaifiat tertentu. Ini kerana tiada nas yang jelas tentang perkara itu menurut pandangan Imam al-Sakhawi dan selainnya.



SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD SAW



- Basahkan lidah dengan selawat ke atas Nabi Muhammad saw. (Juga digalakkan untuk berselawat pada hari lain)



Rasulullah saw bersabda: "Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barang siapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga)." (Riwayat al-Baihaqi)



BERDOA PADA HARI JUMAAT



Berdoalah memohon kepada Allah swt agar diberikan keampunan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat.



Rasulullah saw bersabda: "Pada hari Jumaat ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang Muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah swt, pasti Allah swt akan memperkenankan permintaannya itu". (Riwayat al-Bukhari) (Sebahagian ulama cenderung bahawa waktu yang mustajab pada hari Jumaat adalah selepas asar)




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >