Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Pembaca Quran dapat pelbagai kelebihan di dunia dan akhirat

Dec 23, 2021 | 05:30 AM



AL-QURAN merupakan kalam Allah yang penuh dengan petunjuk bagi manusia menjalani kehidupan. Di dalamnya terkandung segala khazanah ilmu, termasuk sejarah kejadian manusia, moral, tingkah laku yang baik, kejadian alam dan banyak lagi perkara.



Allah swt menjanjikan bahawa orang yang membaca Al-Quran akan beroleh ketenangan, keamanan, petunjuk dan pelbagai kelebihan.



"Membaca Al-Quran ini mempunyai banyak faedah dan kelebihan. Baik satu huruf mahupun sepotong ayat, jika dibaca, pasti pembacanya akan mendapat ganjaran setimpal. Oleh itu, penting bagi kita mendekatkan hati kita dengan kitab suci ini," jelas Ustazah Siti A'isyah Roslee, Ketua Jabatan Al-Quran Meqar, Masjid Mujahidin.



"Allah swt berfirman dan Rasulullah saw juga menerangkan bahawa orang yang membaca Al-Quran akan beroleh petunjuk ke jalan kebenaran, mendapat syafaat pada hari kiamat, mendapatkan ketenangan jiwa dan pelbagai kelebihan lain.



"Malah, dalam satu hadis riwayat Bukhari, sebaik-baik Muslim adalah yang belajar Al- Quran dan mengajarnya."



Menurut Ustazah Siti A'isyah, yang memiliki ijazah Sarjana Usuluddin (Tafsir Al-Quran) daripada Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Malaysia, jika seseorang itu sedar akan kelebihan membaca Al-Quran, pasti beliau akan lebih bersemangat dan berusaha membaca dan mengajarnya.



FADILAT MEMBACA AL-QURAN



  • Mendapat petunjuk kepada kebenaran

Membaca Al-Quran memberikan manusia petunjuk untuk kembali kepada kebenaran seperti firman Allah swt yang bermaksud.



"Dengan Al-Quran itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan dengannya Tuhan keluarkan mereka daripada gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus." (Al-Maidah: 16).



  • Memperoleh syafaat pada hari kiamat

Al-Quran akan memberi syafaat kepada orang yang membaca dan mengamalkannya, menghindar dan membela mereka daripada azab kubur dan memberikan keutamaan menaiki tangga kemuliaan di sisi Allah swt.



Rasulullah saw bersabda: "Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya." (HR Muslim).



  • Mendapat pahala

"Orang yang membaca Al-Quran mendapat banyak pahala baik yang sukar membaca huruf-hurufnya mahupun yang sudah lancar membaca seluruh ayatnya," ujar Ustazah Siti A'isyah.



"Orang yang sukar membaca dan menyebut ayat-ayat suci Al-Quran akan mendapat kelebihan pahala bagi menandakan kemuliaan mereka di sisi Allah swt seperti yang diriwayatkan Sayidina Aisyah ra bahawa Nabi saw bersabda:



"Seorang yang lancar membaca Al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah, adapun yang membaca Al-Quran dan susah untuk menyebut bacaan tersebut maka baginya dua pahala." (HR Muslim)."



Allah swt juga menjanjikan pahala yang amat besar dan kelebihan kepada orang yang membaca Al-Quran serta menjadikan Al- Quran bacaan utama dalam kehidupan hariannya.



Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran, maka baginya diberi 10 pahala dan ditambah 10 lagi kebajikan seumpamanya, tidak aku katakan (alif, lam, mim) itu satu huruf, akan tetapi alif satu huruf dan lam satu huruf dan mim satu huruf." (HR Tirmizi).



  • Mendapat ketenangan jiwa

Kurniaan ini yang hanya boleh diberikan oleh Pencipta Keamanan dan Kasih Sayang.



Daripada al-Bara' 'Azib ra katanya: "Ada seorang lelaki membaca surah Al-Kahfi dan di sisinya seekor kuda yang diikat dengan dua utas tali, kemudian dia nampak awan menaunginya, dan awan itu juga menaungi kudanya, tetapi kudanya lari daripada lindungan awan itu.



"Keesokannya lelaki itu pergi berjumpa Nabi saw lalu menceritakan apa yang berlaku.



Rasulullah saw kemudian bersabda: "Perkara yang berlaku kepada engkau itu adalah al-Sakinah (ketenangan dan rahmat yang disertai dengan para malaikat) yang turun untuk mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran." (HR Bukhari dan Ahmad).



"Oleh yang demikian, marilah kita amalkan membaca kitab suci Al-Quran setiap hari, walaupun hanya dengan sepotong ayat.



"Contohnya, membaca ayat Kursi satu amal soleh yang sangat bermanfaat buat pembacanya di akhirat kelak. Bahkan, ribuan malaikat ikut membawa bacaan tersebut hingga bergetar seluruh bumi.



"Terlalu banyak ganjaran yang Allah berikan kepadaMoga kita. Semoga bersama-sama kita amalkan membaca Al-Quran setiap hari kerana kita amat berhajat pada pahala kebaikannya, ketenangannya yang menembusi jiwa dan raga, juga kerana kita sentiasa mendambakan kebahagiaan yang kekal abadi di Syurga Firdausi," tambah Ustazah Siti A'isyah.




DAPAT PETUNJUK KEPADA KEBENARAN



''Dengan Al-Quran itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan dengannya Tuhan keluarkan mereka daripada gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izin-Nya; dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.'' (Al-Maidah: 16)



FADILAT MEMBACA AYAT KURSI



  • Membaca ayat Kursi sebelum tidur Rasullulah saw menjanjikan syurga bagi orang yang membaca ayat Kursi sebelum tidur. Sabda Baginda saw: ''Apabila engkau mendatangi tempat tidur (di malam hari), bacalah ayat Kursi, nescaya Allah akan sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga waktu pagi.'' (HR Bukhari).

  • Membaca ayat Kursi setelah solat Dijanjikan syurga buat mereka yang membaca ayat Kursi setelah solat lima waktu. Hadis daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw bersabda: ''Barang siapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tidak ada yang menghalanginya masuk syurga selain kematian.'' (HR An-Nasa'i).


KURSUS CALON GURU AL-QURAN METODE QIRAATI



Masjid Mujahidin ingin mengundang pencinta Al-Quran untuk mengikuti Kursus Calon Guru Al-Quran Metode Qiraati yang akan berlangsung tidak lama lagi.



Kursus ini bertujuan mendalami cara sistem bacaan yang baik dan berkesan.



Para peserta akan jalani ujian penilaian bacaan Al-Quran sebelum mendaftar bagi kursus ini.



- Penilaian Bacaan Al-Quran

11 Januari - 3 Mac 2022



- Kursus Persiapan

5 Mac - 23 April 2022



Peserta boleh memilih untuk sertai kursus persiapan ini sebagai langkah pengukuhan.



- Seminar & Ujian Calon Guru Al-Quran

28-29 Mei dan 4-5 Jun 2022.



Kursus ini adalah anjuran Masjid Mujahidin dengan kerjasama Rawdhatul Mujawwidin Selangor. Tempat adalah terhad. Sila hubungi kami di 6473 7400 untuk pendaftaran dan sebarang maklumat lanjut.



INFAQ KE JANNAH UNTUK MASJID MUJAHIDIN



Derma boleh dilakukan melalui pemindahan wang ke akaun semasa OCBC 591-8741-10001 atau Paynow UEN No: S77MQ0056D.



Orang ramai juga boleh menyampaikan derma secara langsung ke Masjid Mujahidin (waktu pejabat) atau dari rumah dengan menghubungi kami di 6473-7400.



Sila lungsuri https://mujahidinmosque.sg/donation/ untuk menghulurkan sumbangan anda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >