Hidayah
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pembelajaran berasas pengalaman

Oct 10, 2022 | 5:30 AM
PELAJARI AGAMA ACARA INTERAKTIF: Pelajar darjah empat Madrasah Perdaus sedang cuba mencari arah kiblat di pantai East Coast menggunakan kompas. - Foto MADRASAH PERDAUS
PELAJARI AGAMA ACARA INTERAKTIF: Pelajar darjah empat Madrasah Perdaus sedang cuba mencari arah kiblat di pantai East Coast menggunakan kompas. - Foto MADRASAH PERDAUS -

MADRASAH Perdaus menggunakan pendekatan lebih menarik iaitu pembelajaran berasas pengalaman untuk meningkatkan penghayatan agama di luar bilik darjah. Pembelajaran cara begini dapat memberi kesan lebih mendalam kepada pelajar daripada peringkat prasekolah, rendah, menengah, serta program posmenengah Perdaus, iaitu Sijil Pengajian Islam Belia (SPIB).

Pendekatan luar bilik darjah ini turut diterapkan bagi memupuk jati diri belia dengan harapan ia dapat membina keyakinan dan ukhuwah demi membentuk peribadi Muslim yang kelak menjadi pemimpin masyarakat. Bagaimanapun, pendekatan ini berdepan cabaran ketika pelaksanaan langkah pengurusan selamat (SMM) kerana kebanyakan kegiatan pembelajaran dilakukan dalam talian selama dua tahun yang lepas.

KEMBALI AKTIF SECARA FIZIKAL

Selepas dua tahun berlalu, kini Pengetua Madrasah, Cik Farhana Abdul Hamid, meluahkan rasa syukur terhadap kelonggaran SMM yang membolehkan kelas Madrasah Perdaus kembali aktif secara fizikal.

Beliau berkata: "Alhamdulillah, pelbagai kegiatan di luar bilik darjah sudah dapat dilaksanakan kembali. Contohnya, kami mengadakan program ziarah masjid, bengkel smart wudhu, kegiatan solat di tepi pantai dan kursus pengurusan jenazah.

"Selain itu, kami juga mejalankan program menghantar makanan asas, penyerahan wang zakat ke rumah keluarga berpendapatan rendah, lawatan ke River Safari dan program lain. Kini, peringkat posmenengah juga kembali berpeluang menganjurkan ekspedisi ke luar negara."

KURANGKAN TEKANAN PELAJAR

Menurut Cik Farhana, Madrasah Perdaus meneruskan pembelajaran secara online untuk penggal empat bagi pelajar darjah enam dan menengah empat yang menduduki peperiksaan am di sekolah pemerintah.

"Walaupun jadual mereka padat dengan kelas tambahan, mereka masih boleh menghadiri kelas madrasah. Kehadiran di madrasah adalah sebagai sesi untuk menghilangkan atau mengurangkan tekanan dan memperoleh pahala dengan menimba ilmu agama.

"Untuk pengetahuan umum, penilaian Madrasah Perdaus dan Sijil Pengajian Islam Belia (SPIB) adalah secara formatif. Contohnya, bagi peringkat rendah dan menengah, kami menilai prestasi pelajar secara amali bagi setiap peringkat dan hafalan surah mereka.

"Selain itu, kami turut mengadakan muhasabah diri untuk peringkat rendah atas dan menengah serta kuiz bagi setiap penggal.

"Praktikal solat pula menjadi satu kewajiban bagi setiap peringkat. Setiap pelajar diberi peluang menjadi imam dengan bimbingan asatizah.

"Penilaian seperti ini dianggap lebih berkesan kerana pelajar tidak terbeban dengan sistem peperiksaan semata-mata," jelasnya.

BERHADAPAN 'PEPERIKSAAN' SEBENAR

Madrasah Perdaus juga yakin bahawa peperiksaan sebenar adalah ketika pelajar berhadapan dengan masyarakat luar dan menerapkan apa yang dipelajari di madrasah.

Dengan pendekatan lebih berkesan, pelajar Madrasah Perdaus diharapkan dapat mengamalkan ilmu yang dipelajari ke dalam kehidupan mereka dan mengambil peranan untuk menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain.

Malahan, Madrasah Perdaus juga sangat mengalakkan para alumni kembali ke Perdaus bagi menyumbang bakti untuk membina masyarakat soleh, selaras dengan visi Perdaus.

SOKONG MELALUI DERMA, ZAKAT

Anda boleh menyokong Perdaus dengan derma atau zakat melalui:

► Akaun Semasa DBS Current 017-014371-9

► PayNow S64SS0031JQRB, atau

Penderma boleh mengirim mesej WhatsApp kepada talian 8127- 3729 dengan butiran mereka.

Perdaus juga menganjurkan pelbagai kegiatan untuk menyebarkan dakwah dan islah masyarakat. Lungsuri laman sosial Perdaus atau laman web Perdaus di perdaus.org. sg untuk program terkini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg