Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

RENCANA MINGGUAN INI DITERBITKAN DENGAN KERJASAMA RRG

Peranan ustazah menentang ideologi ekstremis

May 26, 2019 | 05:30 AM



PERANAN ustazah dalam menentang ideologi ekstremis boleh dibahagikan kepada dua bahagian:



  • Memberi kaunseling keluarga bagi pemulihan dan integrasi semula.

  • Mencegah ideologi radikal.

KAUNSELING



Ketika RRG mula merekrut saya pada 2005, hanya ada lima ustazah. Kini terdapat 10 ustazah berkhidmat dalam RRG, melakukan kaunseling keagamaan dengan pasangan tahanan dan memberi sokongan supaya mereka berdikari sedang suami ditahan.



Memang penting bagi anggota keluarga mempunyai pemahaman yang betul tentang Islam supaya mereka dapat bekerjasama dalam membina gaya hidup yang baik dan mengamalkan ajaran Islam sebenar apabila suami mereka dibebaskan kelak.



Matlamat pemulihan adalah memudahkan integrasi mereka dengan masyarakat.



Semasa berurusan dengan pasangan, cabaran terbesar ialah bagaimana membantu mereka mengurus perasaan bagi memperoleh kepercayaan.



Mereka bersetuju menjalani kaunseling kerana tersisip harapan suami mereka akan dibebaskan lebih awal.



Namun, sesi kaunseling bertujuan menjelaskan konsep agama yang telah disalah faham. Antaranya ialah:



1. Jihad: Pengisytiharan perang, membunuh atau memerangi orang bukan Islam dan bunuh diri.



2. Daulah Islamiah: Sebuah negara Islam yang diperintah seorang khalifah.



3. Al wala wal bara: Ketaatan kepada Allah dan Islam dan menolak agama lain.



4. Baiah: Janji taat setia kepada pemimpin.



Ini adalah antara contoh kesilapan konsep (terdapat banyak lagi) yang digunakan kumpulan pengganas yang memerlukan penjelasan lanjut oleh golongan ulama.



Semasa RRG menghadapi tahanan Jemaah Islamiah, kami menasihati pasangan tahanan.



Kini, kami harus menasihati individu yang menjadi radikal melalui Internet.



Kumpulan seperti ISIS telah berjaya mempengaruhi individu melalui media sosial dan ini termasuk kaunselor wanita muda yang memerlukan perhatian kita.



Kami juga sedang menasihatkan golongan belia yang terdedah kepada ideologi ekstremis dan berhubung dengan pengganas melalui media sosial.



Peranan ustazah pelbagai. Selain kaunseling dan menentang ideologi ekstremis, mereka juga berfungsi sebagai pekerja sosial. Ehwal keluarga dan kesejahteraan anak yang terlibat sentiasa dipertimbangkan.



Selain perlu ada pengetahuan agama, ustazah perlu menguasai kemahiran menasihati tahanan atau anggota keluarga mereka. Tidak mudah mengubah ideologi yang tertanam ekoran indoktrinasi.



Kemahiran itu terhasil dengan kaunseling, pengetahuan Islam dan kebijaksanaan pemikiran dan pendekatan kerana tekad menentang ekstremisme dan pengganasan.



CEGAH IDEOLOGI RADIKAL



Peranan wanita di rumah dalam mengurus tingkah laku melampau dan radikal anggota keluarga sangat penting. Isteri dan ibu perlu mengawasi suami dan anak-anak mereka. Mereka mesti dapat mengesan tanda awal dan perubahan tingkah laku orang yang mereka sayangi.



Rujukan awal kepada pakar perlu demi menyelamatkan mereka daripada radikalisasi selanjutnya yang boleh mengakibatkan tindakan ganas.



Menjadi tanggungjawab ustazah memberi lebih banyak pengaruh kepada masyarakat dengan memberi amaran dan mendidik mereka tentang bahaya ideologi radikal yang mudah didapatkan melalui media sosial dan Internet.



Ustazah harus memanfaatkan banyak peluang bagi meningkatkan keupayaan mereka menjangkau masyarakat dengan lebih luas melalui media sosial, forum dan perbincangan, penulisan dan program jangkauan.



CABARAN MENENTANG IDEOLOGI ISIS



  • Wanita sebagai 'subjek' perang: ISIS menggunakan mesej menjanjikan kehidupan di syurga dan 'peluang' menjadi isteri 'pejuang'. Sangat penting bagi ustazah memikirkan taktik yang digunakan kumpulan ekstremis merekrut wanita. Hanya masa akan membongkar bahawa banyak individu wanita terlibat dalam rangkaian pengganasan dan menyokong ekstremisme, khususnya ideologi ISIS.

Memahami akar ideologi ekstremis penting. Kumpulan pelampau menggunakan dan menghasilkan ideologi baru berdasarkan ajaran Islam melalui pembinaan konsep. Kumpulan itu memanipulasi konsepkonsep ini yang memberi pemahaman baru tentang Islam. Banyak konsep ini digunakan dengan cara berbeza yang membawa kepada kehidupan eksklusif dalam kalangan pengikut kumpulan pelampau. Di sinilah ustazah perlu mengetahui kesalahfahaman istilah dan bagaimana ia digunakan untuk menarik pengikut wanita di seluruh dunia.



  • Naratif baru: Wanita sebagai isteri jihadis dan subjek seks, hijab dan niqab, kontrak perkahwinan, hamba perang, kehidupan di bawah penguasa Khalifah adalah naratif yang diberikan interpretasi baru oleh ISIS.

ISIS dapat mempengaruhi banyak orang dengan menggunakan media sosial dan meningkatkan misi mereka. Inilah masanya bagi Dunia Islam berfikir secara mendalam dengan berkongsi dan berusaha menentang ideologi ekstremis secara serius.



Ulama dari Dunia Islam perlu memahami hakikat ini dan memainkan peranan mereka.



Ia juga penting membina idea yang memberi impak terbesar kepada perubahan dan alat menentang pandangan ekstremis.



  • Isteri Jihadis: Konsep belas kasihan Tuhan menarik banyak wanita mencari syurga dan menjadi isteri pejuang bagi menebus dosa atau kesilapan mereka. Ramai tertarik menjadi isteri pejuang sebagai jalan mudah ke syurga.

Janji dapat masuk syurga adalah daya tarikan paling menarik yang digunakan IU untuk menarik wanita menyertai kumpulan tersebut.



Sahabat wanita pada zaman Nabi Muhammad saw tidak pernah menjadi rakan seks pejuang. Keganasan dan seks selalu merosakkan niat mulia menyahut perang.



Wanita sentiasa diperkotak-katik dengan banyak sebab. Ramai wanita percaya bahawa jihadis akan menjadi pelindung mereka, tetapi fakta sebenarnya ialah, dengan menjadi isteri jihadis, wanita-wanita ini tidak mentaati ibu bapa mereka dan mereka meninggalkan negara tanpa izin ibu bapa mereka.



Tanggapan salah ini perlu dijelaskan oleh ustazah kepada semua ibu Muslim bahawa ibu perlu mengawasi anak perempuan mereka sepenuhnya daripada tawaran menarik tetapi mengelirukan ini.



Di masjid, kita melihat ramai yang menghadiri kelas adalah wanita, ibu dan anak perempuan. Ini peluang baik bagi ustazah memberi amaran dan mendidik mereka tentang tanggungjawab sentiasa mengawasi apa yang dilakukan oleh anak mereka dan rakan-rakan mereka yang bersekutu dengannya.



Guru agama boleh menjadi sahabat keluarga dan kemudian berkongsi keprihatinan mereka berkaitan agama dan dengan demikian memusatkan kebajikan anggota keluarga. Kepercayaan masyarakat kita terhadap pihak berwenang agama dan ulama merupakan alat terpenting mengelakkan keluarga daripada pengaruh ekstremis.



  • Syurga, kehidupan idealistik di bawah Khalifah: Ideologi ekstremis mempromosi kehidupan di bawah Khalifah sebagai cara hidup ideal dan sangat diperlukan umat Islam.

Kumpulan-kumpulan pengganas mempromosikan kehidupan syurga dan mempengaruhi pemikiran wanita agar meninggalkan negara dan menyertai mereka.



Ibu bapa boleh berbincang dengan anak-anak mereka mengenai dakwaan ISIS mengenai Khalifah. Persoalannya harus bermula sama ada negara Khalifah yang ISIS promosikanitu benar dan jika ia menjanjikan syurga, kenapa rakyat negara itu meninggalkan negara tercinta dan menjadi pelarian?



KESIMPULAN



Mesej perdamaian dan keharmonian Islam adalah penawar terhadap keganasan dan pelampau yang kita lihat hari ini.



Pembacaan dan pemahaman yang betul mengenai Al-Quran dan hadis akan memberi penjelasan mengenai penekanan Islam terhadap tolak ansur, rasa hormat, belas kasihan, kasih sayang, amal, pengampunan dan kerendahan hati seperti yang dinyatakan Mufti Dr Mohamed Fatris Bakaram semasa Persidangan Antarabangsa mengenai Pemulihan Terorisme dan Ketahanan Masyarakat pada 2013.



Ustazah mempunyai peranan besar mendidik masyarakat. Sebagai cendekiawan wanita, mereka orang terbaik untuk menangani banyak aspek kontroversi dalam kehidupan wanita.



Golongan ulama juga perlu bekerjasama memberi panduan yang jelas kepada kaum belia supaya mereka dapat bertindak dan mengamalkan agama dengan lebih yakin. Ini langkah yang sangat penting dalam membina kepercayaan dan daya tahan untuk generasi masa depan bagi mengelakkan mereka berpaling kepada sumber selain ulama tempatan yang memahami keadaan yang mereka hadapi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >