Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

PERSATUAN GURU-GURU AL-QURAN (PERGERAQ)

Pergeraq terus gigih anjur pengajian, dalami ilmu Al-Quran

Dec 16, 2022 | 05:30 AM



PUSAT pengajian Al-Quran setempat, Persatuan Guru-Guru Al-Quran (Pergeraq), terus gigih menawarkan program ukhrawi khususnya dalam mempelajari dan mendalami ilmu Al-Quran.



Antara program yang dikendalikan adalah Program Sijil Peningkatan Guru Al-Quran (SPGQ), dan merupakan satu program pendidikan berterusan untuk calon dan guru-guru Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam di sini.



Program SPGQ bertujuan meningkatkan kemahiran peserta serta mengukuhkan lagi ilmu-ilmu dasar yang berkaitan dengan Al-Quran, serta memberikan penekanan kepada kedua-dua aspek I'lmi (teori) dan juga A'mali (aplikasi).



Program ini juga dapat mempersiapkan peserta secara seimbang dalam dunia pengajaran dan pembelajaran Al-Quran.



Program SPGQ ini juga terbuka kepada mereka yang berminat untuk meningkatkan tahap penguasaan ilmu Al-Quran, berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan ke peringkat nasional dan bercita-cita untuk menjadi guru Al-Quran.



Antara yang telah lulus program SPGQ dan meraih sijil Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) dari Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) adalah Ustazah Sabariah Samsudin dan Ustaz Zubaidi Ramli.



Menurut Ustazah Sabariah, 60 tahun, pengajian beliau di Pergeraq dan mengambil sijil SPGQ merupakan satu langkah yang amat memanfaatkan, dan beliau akan terus mempertingkat dirinya dengan kursus-kursus lain yang dikendalikan badan tersebut.



"Pada 2016, saya telah mengikuti program SPGQ dan mendapatkan sijilnya setahun kemudian. Program ini telah melengkapkan diri saya dalam kemahiran ilmu Al-Quran dan mempersiapkan diri sebagai murabbi atau pendidik.



"Sebagai guru Al-Quran, kaedah pembelajaran kita perlu ada perubahan dan perkembangan sepanjang masa.



'Pendidik juga perlu mempersiap diri dengan mutu yang tinggi dan mempunyai anjakan, jadi kita kena belajar terus dari masa ke semasa," jelas nenek empat cucu ini.



Bagi Ustaz Zubaidi pula, beliau telah mengikuti program SPGQ pada 2019, dan terus mempertingkat dirinya dan telah menerima sijil ARS gred 2. Beliau kini mengajar Al-Quran di Pergeraq secara sambilan.



"Apabila kita menuntut ilmu Al-Quran ini, walaupun kita tidak faham bahasa Arab, dan kita ketahui bahawa asas-asas bahasa Arab itu sendiri dipetik dari Al-Quran.



"Jadi penting bagi seseorang untuk mempertingkat diri dalam mendalami ilmu Al-Quran dan memahami maksud yang tersirat.



"Progam SPGQ ini telah memberikan saya banyak kelebihan dan manfaat dalam mendalami ilmu Al-Quran ini," kata Ustaz Zubaidi.




INFO



Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pergeraq di talian 6348-7057 (waktu pejabat) atau WhatsApp ke 8338-2447.



Lungsuri laman pergeraq.sg, atau e-mel kepada pergeraqsgp@gmail.com.



Pergeraq terletak di 218E Changi Road, #03-10 Bangunan PKMS, Singapura 419737.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >