Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID JAMAE CHULIA

Perlu $3j untuk naik taraf, kerja bermula bulan depan

Nov 25, 2022 | 06:24 AM



MASJID Jamae Chulia bakal menjalani kerja-kerja peningkatan bermula bulan depan.



Berusia 196 tahun, masjid ini juga merupakan antara masjid tertua di negara ini dan telah diwartakan sebagai monumen negara pada 1974.



Antara kerja-kerja naik taraf yang perlu dilakukan termasuk memasang sistem berhawa dingin di ruang solat, dan menambah bilik darjah dan kemudahan mesra untuk golongan kurang upaya dan warga senja.



Kerja-kerja peningkatan itu ditaksirkan menelan belanja sehingga $3 juta dan dijangka selesai dalam masa 10 bulan.



Sepanjang tempoh peningkatan itu, masjid di South Bridge Road ini akan terus beroperasi seperti biasa.



Masjid Jamae Chulia juga dikenali sebagai 'Periya Palli' yang bermaksud Masjid Besar dalam bahasa Tamil.



Ia dijangka boleh menampung sekitar 1,200 jemaah apabila selesai kerja pembaikan kelak.



Masjid itu juga merupakan antara masjid yang memenuhi keperluan pembelajaran agama Islam di kalangan golongan India Muslim tempatan, pekerja Islam dan pelancong di kawasan tengah bandar seperti di Chinatown.



Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata:



"Masjid Jamae Chulia merupakan salah satu masjid yang bersejarah di Singapura dan kita harus menjaganya agar masjid ini terus berada dalam keadaan yang baik demi keselesaan masyarakat Islam di negara ini."



Beliau mengharapkan sokongan berterusan dapat diperolehi agar pelbagai kegiatan dapat dijalankan dengan lebih baik.



"Apabila kerja-kerja peningkatan ini selesai nanti, Masjid Jamae Chulia boleh menampung 100 pelajar pada satu-satu masa dan menjadi lebih mesra warga tua dan golongan kurang upaya.



"Kami faham saingan untuk mendapatkan dana bagi kerja-kerja peningkatan untuk Masjid Jamae Chulia ini amat mencabar.



"Namun kami akan melakukan yang terbaik dan semoga masjid yang bersejarah ini akan terus terpelihara dan mendapat sokongan padu dari masyarakat Islam di sini," kata Encik Rasheed Zaman.




CARA MENYUMBANG



- Hantarkan cek anda kepada Masjid Jamae Chulia melalui pos kepada alamat: 218, South Bridge Road, Singapura 058767.



- Derma langsung ke pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApps kepada 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid ini.



- Pemindahan bank ke Akaun Semasa OCBC 517-070041-002.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >