Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Pesan ibu: Ikhlas dan berniat baik bila buat sesuatu

Nov 21, 2021 | 05:30 AM



Anak yang dilahirkan itu bagai kain putih, terpulang kepada didikan ibu bapa untuk mencorak keperibadian anak dan nilai-nilai yang disanjungnya. Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik bagi anak-anak dan sanggup mengorbankan segalanya untuk melihat si anak berjaya di dunia dan di akhirat. Namun, ibu bapa juga manusia biasa dan tidak dapat lari dari kelemahan mahupun kesilapan. Dan pastinya, kita merancang namun Tuhan menentukan. Meskipun setelah menaburkan segala ikhtiar yang termampu kadang kala apa yang dihajatkan untuk anak-anak tidak kesampaian. HIDAYAH minggu ini berbincang dengan pasangan ibu bapa mengenai perjalanan mereka membesarkan anak-anak dan merancang masa depan mereka bersama, manakala Ustaz Irwan Hadi Mohd Shuhaimy pula memberi pencerahan serta panduan bagi menyokong ibu bapa dalam perjalanan tersebut.




PASTIKAN setiap kali apabila melakukan sesuatu, pasangkan niat yang baik, ikhlas dan melakukannya untuk mendapat rahmat Allah swt.



Itulah nasihat yang sering diberikan Cik Nur Diana Mohd Ismail kepada empat anak lelakinya.



Menurutnya, memang sukar untuk memastikan keperluan dan keinginan setiap anak itu tercapai dan pastinya dalam kehidupan pelbagai halangan dan rintangan perlu ditempuhi sebelum matlamat yang ditetapkan itu dapat diraih.



Justeru dalam mengemudi kehidupan anak muda hari ini, suri rumah ini akan memupuk nilai-nilai murni yang bersandarkan agama Islam agar anak-anaknya dapat menyesuaikan setiap apa yang mereka lakukan dengan mementingkan Allah swt.



"Sebelum mereka melakukan apa jua perkara, mereka perlu tahu niat untuk melakukan sesuatu itu apa.



"Mereka perlu tahu bahawa niat melakukan sesuatu itu bukan kerana untuk mendapatkan ganjaran secara material sahaja tetapi lebih daripada itu, agar setiap apa yang dilakukan itu diberkati Allah swt.



"Semua yang kita lakukan bermula dengan niat. Jika baik niat itu, maka baiklah jadinya," ujarnya.



Anaknya yang sulung, Mohamed Samuel Marthin, 17 tahun, semasa di bangku sekolah, menurut Cik Nur Diana, sering dibuli teman-temannya mentelah lagi anaknya menuntut di sekolah yang kebanyakannya pelajar berbangsa lain.



Namun beliau akan menasihatkan anaknya agar tidak kecewa dan terlalu ikutkan emosi.



Menurutnya penting untuk mereka gunakan segala kritikan yang dilemparkan dan menggunakannya sebagai motivasi untuk bangkit dan menunjukkan kemajuan.



"Apa pun mereka lakukan, tak kira lah mengenai pelajaran, sukan, ataupun berkaitan kehidupan saya selalu ingatkan agar mintak pada Allah swt.



"Ini kerana jika mereka mendahulukan Allah, semua tugasan yang perlu mereka laksanakan akan teratur dengan sendirinya," kata beliau.



Daripada pengalaman itu, anaknya mula memberanikan diri dan menunjukkan kemajuan dengan menjadi ketua kelas hampir setiap tahun dan nilai kepimpinan tersebut, dibawanya sehingga ke sekolah menengah.



Selain itu, anak ketiganya pula, Mohamed Qawiyyul Marthin, 12 tahun, pernah mengalami kekecewaan selepas gagal menduduki tempat yang baik dalam sukan kapal layar.



Cik Diana teringat bagaimana anaknya itu yang mempunyai hasrat untuk mewakili negara satu hari nanti dalam sukan tersebut, berasa cukup hampa ketika itu.



"Saya nasihatkan kepadanya dalam kehidupan ada jatuh bangunnya.



"Kalau kita mahu berjaya, kita perlu pelajari daripada kesilapan dan pada masa yang sama berusaha," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >