Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

Rejab bulan tanam amal soleh, amalan diganda 70 kali

Mar 08, 2020 | 05:30 AM



REJAB bermaksud membesarkan atau mengagungkan.



Selain itu, ia dinamakan bulan Rejab kerana mereka mengagungkan bulan ini ketika zaman jahiliah dengan meninggalkan peperangan.



Perkataan jamak bagi Rejab adalah Arjab dan jika digabungkan Rejab dan Syaaban dinamakan sebagai Rajaban.



Di samping itu, Rejab merupakan bulan ketujuh Tahun Hijrah dan ia merupakan antara bulan Haram yang diharamkan peperangan atau pembunuhan.



Bulan ini datang selepas Jamadilakhir dan sebelum Syaban.



Amalan ini dapat disusur sejak zaman Nabi Ibrahim as dan anaknya, Nabi Ismail as.



Tiga bulan berturut-turut ialah Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam (iaitu bulan ke-11, ke-12 dan bulan pertama) dalam takwim atau kalendar Islam.



BULAN MULIA



Menurut kebanyakan ulama ternama, Rejab bersama Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam merupakan empat bulan suci dalam Islam.



Bulan Rejab merupakan salah satu bulan yang mulia dan ia termasuk di dalam bulan-bulan Haram sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah saw.



Bulan Haram terdiri dari empat bulan di dalam kalendar Islam iaitu Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rejab.



Tambahan pula, Allah swt juga berfirman berkaitan bulan Haram ini di dalam surah at-Taubah.



Firman Allah swt: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi Allah Taala ialah 12 bulan di kitab Allah pada hari dijadikan langit dan bumi. Di dalamnya ada empat bulan yang suci." - (at-Taubah: 36)



[AL-TAUBAH:36]Antara peristiwa penting di dalam bulan Rejab adalah Nabi Muhammad saw iaitu peristiwa Israk dan Mikraj pada malam ke-27 Rejab.



KELEBIHAN



Di antara kelebihan yang terdapat dalam bulan Haram ini ada disebutkan oleh Al-Hafiz Ibn Kathir di dalam tafsirnya telah menukilkan pendapat Ibn Abbas yang menyatakan bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain.



Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. (Tafsir Ibn Kathir, 4:130)



Rejab juga dipanggil bulan bertanam (melaburkan amal soleh), berdagang (berbakti untuk diberi ganjaran daripada Allah), beristighfar (memohon ampun).



Setiap amal akan digandakan 70 kali oleh Allah swt.



Rasulullah saw ada berpesan bahawa ada lima malam yang mustajab doanya di mana tidak ditolak Allah swt: Malam pertama bulan Rejab, malam Nisfu Syaaban, malam Jumaat, malam Hari Raya Aidilfitri dan malam Hari Raya Aidiladha.



Malah Baginda juga menyampaikan pesannya lewat hadis yang bermaksud:



"Aku melihat pada malam Mikraj sebatang sungai yang airnya lebih manis daripada madu dan lebih sejuk daripada air batu dan (baunya) lebih harum daripada kasturi.



"Aku bertanya kepada Jibrail: 'Ya Jibrail, untuk siapa ini?' Beliau berkata, 'Untuk mereka yang berselawat ke atasmu pada bulan Rejab'."



AMALAN YANG DIGALAKKAN



Antara amalan yang digalakkan pada bulan Rejab adalah amalan bersifat umum seperti:



  • Berpuasa

  • Perbanyakkan sedekah

  • Perbanyakkan membaca

Al-Quran



  • Perbanyakkan berzikir

  • Perbanyakkan solat-solat sunat

AMALAN PUASA



Dalam zaman jahiliah, Rejab dan tiga bulan haji tiada dilarang sesiapa pun berperang atau berbunuh-bunuhan.



Nabi saw menganjurkan kita beramal soleh dalam bulan Rejab seperti berpuasa sebagaimana dicatatkan oleh Imam As-Sayuti:



"Rejab adalah bulan yang mulia dengan Allah melipatgandakan segala (pahala) kebajikan. Dan barang siapa yang berpuasa satu hari di bulan Rejab seperti dia berpuasa setahun.



"Dan barang siapa yang berpuasa selama tujuh hari nescaya ditutupkan baginya pintu-pintu neraka.



"Dan barang siapa berpuasa selama lapan hari dibuka baginya lapan pintu syurga.



"Dan barang siapa berpuasa selama 10 hari tidak ada yang diminta kepada Allah sesuatu melainkan diberikan-Nya.



"Dan barang siapa yang berpuasa selama 15 hari diseru (namanya) oleh malaikat dari langit (dan berkata) sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan bermulalah amal baru.



"Dan barang siapa yang melebihkannya akan dilebihkan Allah. Di bulan Rejab Allah telah mengangkatkan Nabi Nuh as ke dalam kapal dan Baginda berpuasa di bulan Rejab dan memerintahkan semua yang bersamanya berpuasa."



Ganjaran mereka yang berpuasa dalam bulan Rejab adalah kenikmatan di syurga dengan mendapat minuman dari Sungai Rajab. Airnya sungguh lazat tiada terkata.



Para ulama lebih cenderung menganjurkan puasa Isnin dan Khamis atau pada 13, 14 dan 15 hari bulan Rejab.



Mentelah Rasulullah saw tidak berpuasa sebulan Rejab.



Ada hadis yang menyatakan puasa tiga hari setiap bulan serupa dengan puasa setahun.



Rasulullah saw tidak melakukan umrah pada bulan Rejab.



Dalam bulan ini digalakkan banyak beristighfar (70 kali) atau meminta ampun kepada Allah saw - selepas subuh dan sesudah solat isyak.



Antara doa terkenal yang diajarkan Rasulullah saw ialah:



'Anas Ibn Malik ra meriwayatkan bahawa apabila tiba bulan Rejab, Nabi saw mengangkat tangan dan berdoa:



"Ya Allah berilah berkat kepada kami dalam bulan Rejab dan bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan."



Doa Rejab yang masyhur berupa istighfar yang diajarkan oleh Nabi saw dengan diamalkan sebanyak 70 kali setiap hari atau setiap pagi dan petang yang maksudnya:



"Ya Allah, ampunilah daku dan rahmatilah daku dan aku bertaubat (Kepada-Mu Ya Allah)."




  • Rencana diadaptasi dari Risalah Kelebihan Bulan Rejab oleh Habib Hassan Al-Attas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >