Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

AWAL MUHARAM

Sambut Muharam: Peluang jiwai amalan, tingkat keyakinan agama

Jul 18, 2023 | 05:30 AM



USTAZ MUHAMMAD IMRAN OTHMAN

Menjelangnya bulan Muharam ini menandakan tibanya tahun baru Islam 1445 Hijrah. Sebahagian masyarakat Islam di Singapura dan negara-negara lain menyambutnya secara khusus dengan bacaan doa.

Doa akhir tahun dibaca sebelum masuknya waktu maghrib (kerana kalendar Islam adalah qamari, iaitu bersandarkan perjalanan bulan).

Doa awal tahun pula dibaca sejurus selepas solat maghrib.

Pada umumnya, doa-doa ini bertujuan mengabdikan diri kepada Allah swt.


Sama ada kita membaca ataupun mengaminkan doa tersebut, atau melaksanakan amalan lain sempena Muharam ini, yang paling utama ialah kita perlu terus berusaha menyucikan diri menerusi apa yang diredai-Nya.

Ini kerana bulan itu merupakan peluang bagi kita mentarbiyah diri menjadi insan lebih baik. Dalam Surah at-Taubah ayat 36, Allah swt menjelaskan tentang bulan-bulan Haram (yang diberi penghormatan) dan antaranya bulan Muharam.


Nabi saw bersabda:


“Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah swt menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang Haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zulkaedah, Zulhijah dan Muharam) dan yang keempat ialah Rejab terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban.” [Hadith Riwayat al-Bukhari]


Ibn Abbas ra berkata bahawa dosa dan pahala amalan yang dilakukan pada bulan-bulan Haram lebih besar berbanding bulan-bulan yang lain. Maka bulan Muharam ini dianggap bulan latihan diri agar menjadi Muslim yang lebih bertakwa dan lebih yakin mengamalkan agama, lebih-lebih lagi dalam konteks hari ini yang sangat mencabar dari pelbagai sudut.


Beberapa cara yang mungkin dapat kita terapkan dalam mengharungi tahun baru dan masa-masa mendatang:

– Sentiasa memerhatikan niat dan memurnikannya pada setiap amalan dan rutin harian kita.

– Memahami hikmah setiap perintah dan anjuran agama dengan semampunya.

– Bersungguh-sungguh menambahkan saham akhirat melalui amalan dalam ikatan kita dengan Allah (hablun minallah) dan dengan manusia (hablun minannas).


Dengan terus mempertingkat diri kita sebagai Muslim sejati, kita mampu menjiwai segala usaha dan menjadi individu yang lebih yakin dalam berpegang teguh kepada nilai-nilai agama serta meraih yang terbaik daripada kehidupan dunia dan akhirat.

Nota: Ustaz Muhammad Imran Othman merupakan Ketua Pejabat Imam Masjid Al-Ansar dan memiliki ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah. Beliau turut memiliki ijazah Sarjana dalam bidang falsafah dari Pusat Kajian Tinggi Islam, Sains dan Peradaban Raja Zarith Sofiah (RZS CASIS) Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >