Siswa Oxford pelopor projek bantuan silang agama, Berita Hidayah - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
4:00
Maghrib
7:03
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Hidayah0

Siswa Oxford pelopor projek bantuan silang agama

Project Hills yang dilancar lima anggota keluarga kini mempunyai lebih 100 sukarelawan hulur bantuan di masa pandemik
Aug 01, 2021 | 05:30 AM

Ibarat tubuh manusia, jika salah satu bahagian tubuh itu terasa sengal, seluruh badan tidak dapat berehat dengan sempurna. Begitulah Islam mencerminkan sikap ihsan sesama manusia. Dan dalam istilah budaya Melayu pula, 'tangan yang memberi, lebih baik daripada yang menerima'. Justeru, agama dan budaya kita mengajak kita bersikap ihsan dan membantu mereka yang memerlukan, dalam kemampuan kita. Tiada bantuan yang dihulur terlalu kecil. Semangat ini terserlah dalam jiwa anak muda, Encik Zulhaqem Zulkifli, yang dalam masa sukar bagi semua, beliau dan keluarganya tergerak untuk keluar membantu mereka yang lebih memerlukan.

BELIA seusianya mungkin mengambil peluang tempoh pemutus rantaian jangkitan (CB) meneroka hobi baru ataupun rehatkan fikiran sambil menonton Netflix.

Namun, bagi Encik Zulhaqem Zulkifli, 28 tahun, tiada masa yang lebih sesuai untuk mempertingkat usaha membantu golongan yang terjejas teruk oleh Covid-19, tidak kira bangsa mahupun agama.

Memang sudah menjadi kebiasaan bagi keluarganya, yang menetap di flat sewa dua bilik di Queenstown, melihat penduduk di sekitar meminta bantuan ayahnya - yang dianggap sebagai 'penghulu kampung' bagi pelbagai isu, lebih-lebih lagi sewaktu pandemik.

Ini termasuk bantuan fahami surat pemerintah memandangkan ada yang tidak fasih berbahasa Inggeris, bantuan untuk memohon subsidi dan ada kala minta bantuan keperluan asas seperti beras.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Untuk itu, Encik Zulhaqem bersama bapanya dan tiga adik beradiknya, memutuskan untuk mula mewujudkan struktur yang lebih formal untuk membantu mereka yang memerlukan keperluan asas.

Dibentuk sekitar April tahun lalu, Project Hills memberi tumpuan terutamanya kepada mereka yang kurang bernasib baik dan penduduk yang tinggal di estet flat sewa.

Ia juga ingin menjadi 'jambatan' menghubungkan keluarga-keluarga memerlukan dengan agensi sosial yang boleh memberikan bantuan menyeluruh.

"Bapa pulang satu hari dan beritahu kami bahawa jiran tetangga hadapi pelbagai kesukaran dan ketidaktentuan pada tempoh itu.

"Terutama sekali apabila kebanyakan sumber pendapatan mereka adalah pendapatan harian terjejas pada tempoh CB itu," katanya yang kini menuntut di Universiti Oxford.

Tambahan lagi, pengalaman beliau adik beradik turut membantu mereka memahami kesukaran yang dihadapi golongan itu.

Setelah ibu bapanya berpisah sekitar 10 tahun lalu, beliau adik beradik terpaksa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain. Mereka juga terpaksa tidur di kolong blok selama lebih sebulan pada masa itu sebelum akhirnya kini menetap bersama ayahnya.

"Kami adik-beradik dah kenal erti susah, tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa.

"Untuk itu, kami ingin bantu jadikan dunia dan masyarakat tempat yang lebih baik, di mana orang lain tidak perlu alami seperti apa yang kami alami," kata Encik Zulhaqem.

Kini, Project Hills telah berkembang merangkumi lebih banyak kawasan dan menawarkan bantuan yang pelbagai termasuk untuk mengubahsuai rumah keluarga yang kurang bernasib baik.

Ia juga kini dianggotai lebih 100 sukarelawan pelbagai latar belakang. Menurut Encik Zulhaqem, kebanyakan sukarelawan mendapat tahu tentang Project Hills melalui media sosial atau dari sukarelawan lain.

Selain pengagihan makanan, mereka juga mempunyai kumpulan relawan yang menangani kes secara individu dan menulis laporan sosial bagi kes tersebut.

Sejauh ini, Project Hills meningkatkan kesedaran tentang golongan memerlukan menerusi media sosial, dan dana mereka kebanyakannya diraih menerusi sumbangan orang ramai serta kerjasama dengan perniagaan atau rakan masyarakat.

"Kami ingin buktikan bahawa golongan muda juga ingin membantu, kami prihatin dan mencari peluang untuk terus menyumbang.

"Kami akan terus menyumbang masa dan tenaga kami untuk mewujudkan masyarakat yang lebih baik, yang boleh kita banggakan," katanya.

Namun, ini tidak bermakna mereka tidak 'relax' atau melakukan apa yang biasanya dilakukan golongan belia, kata Encik Zulhaqem.

"Sukarelawan di Project Hills terdorong untuk mengorbankan masa mereka kerana ingin mencetus perubahan yang lebih baik dalam masyarakat.

"Mereka ingin menyumbang dan melalui sumbangan ini mereka dapat bentuk identiti mereka sendiri," katanya.


"Kami adik-beradik dah kenal erti susah, tahu bagaimana rasanya tidak mempunyai apa-apa.
"Untuk itu, kami ingin bantu jadikan dunia dan masyarakat tempat yang lebih baik, di mana orang lain tidak perlu alami seperti apa yang kami alami."

- Encik Zulhaqem Zulkifli.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map