Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hidayah
32
0

MASJID DARUL MAKMUR

Usahakan matlamat bertunjang 'Masjid Tanpa Sempadan'

Nov 25, 2022 | 05:30 AM



Bulat air kerana pembetung,

bulat manusia kerana muafakat.



ITULAH yang diharapkan oleh Masjid Darul Makmur kepada masyarakat dalam usaha untuk mengumpul dana bagi projek peningkatan masjid yang akan bermula tidak lama lagi.



Cogan kata 'Masjid Tanpa Sempadan' bukan sekadar slogan, bahkan menjadi suatu matlamat dan tunjang yang ingin dicapai oleh pihak masjid.



Masjid banyak bekerjasama dengan rakan kongsi dan kumpulan berkepentingan di kawasan Yishun agar dapat menyampaikan mesej dan memupuk sifat ihsan dalam kalangan penduduk Melayu Islam dan juga kaum lain.



Buat masa ini, pihak masjid amat mengalu-alukan usaha pengumpulan dana oleh rakan kongsi dan juga kumpulan berkepentingan untuk peningkatan Masjid Darul Makmur.



Mengulas mengenai perkara itu, Pengurus Masjid Darul Makmur, Ustaz Ruhaizan Abdullah, berkata:



"Sumbangan daripada rakan kongsi seperti kumpulan akar umbi di GRC Nee Soon dan masjid di Kelompok Barat amat menggalakkan.



"Namun, pihak masjid masih giat menjalankan usaha mengumpul dana dan baru melancarkan pengumpulan dana melalui acara Hari Keluarga yang akan berlangsung esok, Sabtu, 26 November."



Pihak masjid juga bakal menerima sumbangan derma daripada pakej umrah yang dianjurkan oleh Syukran Travel & Tours dengan kerjasama AtTartil Quranic Institute. Perjalanan umrah yang bertemakan 'Sirah Bumi Wahyu' akan dipimpin oleh Ustaz Zulkiflee Bachik dan Ustazah Suhanah Haji Ahmad.



Masjid Darul Makmur yang dibangunkan pada 1987 perlu melakukan kerja-kerja peningkatan supaya dapat menampung lebih ramai lagi jemaah apabila ia siap nanti dan memberi keselesaan kepada para jemaah yang bertambah.



Ini lebih-lebih lagi kerana banyak flat Bina Ikut Tempahan (BTO) baru yang telah siap dan juga yang sedang dibangunkan di kawasan kejiranan Yishun.



Antara fokus utama sewaktu peningkatan ini ialah menambah ruang dewan solat bagi keselesaan jemaah dan membina dewan serbaguna dan auditorium yang dapat menampung lebih ramai peserta apabila masjid menganjurkan acara dan program.



Bilik-bilik darjah untuk kegunaan madrasah aLIVE di Masjid Darul Makmur juga akan ditambah kepada 12 bilik daripada hanya tujuh sekarang.



Ini bagi menampung lebih ramai pelajar madrasah mingguan yang jumlah penyertaannya kian meningkat.



Setakat ini, terdapat lebih 1,000 pelajar yang mengikuti program aLIVE secara sambilan di Masjid Darul Makmur.



Oleh itu, masjid sedang mengumpulkan dana untuk kerja-kerja peningkatan yang akan bermula hujung tahun ini dan mengharapkan sokongan dan juga sumbangan derma daripada masyarakat agar semua proses berjalan lancar apabila ia bermula kelak.



Pengerusi Eksekutif Masjid Darul Makmur, Encik Izuan Mohd Rais, berkata:



"Usaha pengumpulan dana yang sedang dijalankan buat masa ini telah mencapai separuh daripada sasaran jumlah dana yang diperlukan, dan kami masih mengharapkan sumbangan derma daripada masyarakat untuk mengumpul baki kos peningkatan tersebut."



Acara Hari Keluarga Kelompok Barat yang diadakan esok memaparkan pelbagai kegiatan yang meliputi senaman beramai-ramai, demonstrasi masakan sihat serta ceramah keluarga dan belia.



Terdapat juga jualan amal Nasi Beriani yang akan bermula pada 11 pagi.



Golongan belia dan dewasa pula bakal menyertai aktiviti memanah pada sebelah petang.



Penampilan kumpulan nasyid Tasnim dan persembahan penyanyi Sufi Rashid akan diadakan pada sebelah petang.



Pihak masjid juga akan bekerjasama dengan pihak kumpulan 'Dadah Itu Haram' untuk menyampaikan mesej mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada golongan muda.



Acara keluarga akan diakhiri dengan bacaan qasidah/maulid sebelum maghrib, diikuti dengan Ceramah Keluarga selepas solat maghrib oleh Ustaz Mohd Fatris Bakaram.



Turut diadakan ialah forum keluarga bertajuk 'Mengintai Syurga dari Tirai Rumah Tangga' oleh panelis - Encik Sujimy Mohd, Ustaz Ahmad Dahri dan Ustaz Noor Razak Bakar.



Jamuan makan malam akan disediakan selepas acara forum keluarga. Muslimin dan Muslimat dipersilakan hadir.




CARA MENYUMBANG



Sumbangan derma untuk Projek Peningkatan Masjid Darul Makmur boleh dilakukan melalui cara berikut:



- PayNow ke UEN: S87MQ0033J atau Bank Transfer ke Akaun: OCBC Semasa 581-652138001



- Cek ke atas nama: 'MASJID DARUL MAKMUR' dan pos ke: 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099



- Hadir ke Pejabat Masjid Darul Makmur, 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099



- Hubungi pejabat masjid di talian 6754-1402 untuk pengambilan derma dari rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >