Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rancangan kenakan cukai 10 euro bagi setiap pelancong ke Venice

Feb 04, 2019 | 05:30 AM



VENICE, yang menerima kunjungan sehingga 24 juta pelancong setahun, akan mengenakan cukai sehingga 10 euro ($15.50) seorang selepas mendapat kelulusan pemerintah Italy.



Langkah baru itu dijangka memberi pendapatan sehingga jutaan euro setahun buat bandar Warisan Sedunia itu.



Ia terkandung dalam bajet 2019 Italy yang diluluskan bulan lalu selepas berbulan lamanya dibincangkan.



Masyarakat Venice sudah lama mengadu mengenai pelancong yang melakukan lawatan sehari serta penumpang kapal peleseran yang datang ke bandar itu tanpa menyumbang kepada ekomoni bandar tersebut.



Daripada 24 juta pelancong yang melawat Venice setahun, sekitar 15 juta adalah pelawat sehari, kata laman Telegraph.



Mereka yang membawa bersama makanan mereka sendiri langsung tidak mengeluarkan sesen pun di bar, restoran serta kafe bandar tersebut.



Namun, mereka kini akan dikenakan cukai tersebut, termasuk kos bas, kereta api atau kapal peleseran, yang kemudian disalurkan kepada penguasa bandar tersebut.



Cukai itu adalah antara 2.50 euro sehingga 10 euro setiap seorang, bergantung kepada musim lawatan.



"Ini hari bersejarah," kata datuk bandar Venice, Encik Luigi Brugnaro, yang menerangkan bahawa wang tambahan itu akan digunakan untuk penyelenggaraan dan membersihkan bandar itu.



Geografi Venice yang agak pelik - dengan rangkaian longkang serta lorong pejalan kaki - bermakna perkhidmatan seperti pembuangan sampah adalah sekitar 40 peratus lebih tinggi berbanding bandar lain di Italy.



Pada musim pelancong, pekerja pembersihan perlu membersihkan kotak buang sampah setiap setengah jam.



Pemulihan gereja lama juga satu lagi proses logistik yang mencabar.



Ia melibatkan pengangkutan barangan menggunakan bot dan kren yang terpaksa melalui laluan sempit.



"Menerusi langkah ini kami akan dapat mengatasi perbelanjaan tambahan Venice. Ini bermakna penjimatan buat Venice," kata Encik Brugnaro.



Majlis bandaran itu kini mempunyai masa sekitar sebulan untuk membincangkan cara melaksanakan cukai baru itu.



Ketua Persatuan Perhotelan Venice, Cik Claudio Scarpa, berkata:



"Akhirnya, pelawat sehari akan perlu membayar lawatan mereka. Mereka yang tiba pada sebelah siang dan meninggalkan pada waktu malam, menyumbang hanya sedikit tapi memberi tekanan kepada perkhidmatan yang kami sediakan. Justeru, mereka perlu tahu bahawa tiada apa yang percuma. Ini satu kemenangan buat bandar kami."




Kirimkan pengalaman melancong anda



ANDA baru pulang mengembara atau melancong dan mempunyai kisah serta foto menarik yang ingin dikongsi? Halaman ini mengalu-alukan sumbangan sukarela anda.



Kirimkan pengalaman melancong atau lawatan anda ke luar negara dalam bentuk rencana kepada pengelola ruangan Kembara GAH menerusi e-mel bhgah@sph.com.sg. Tulisan anda sebaiknya mengandungi antara 550 dan 600 perkataan. Gambar pula mesti dalam format .jpg dengan resolusi sekurangkurangnya 300 dpi dan disertakan sekali penerangan (kapsyen) bagi setiap gambar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >