Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

8 cara mengurangkan risiko demensia

Jul 05, 2019 | 04:10 PM



Adakah anda mudah lupa-lupa sekarang? Cepat terlupa apa yang hendak dikatakan? Selalu tak tahu di mana anda letak barang?



Jika ya, sudah tiba masanya anda menjaga kesihatan otak untuk mengurangkan risiko anda menghidap demensia.



Menurut Persatuan  Penyakit Alzheimer, demensia merupakan penyakit yang menyebabkan sel otak anda mati pada kadar dipercepat.



Ini membawa kepada kemerosotan mental secara keseluruhan di mana seseorang mengalami kegagalan memori, fungsi intelek lemah dan perubahan pada sikap.



Ayuh baca tips-tips berikut daripada syarikat penjagaan kesihatan setempat Senescence Life Sciences untuk mengatasi penuaan otak dan mengurangkan risiko menghidap demensia.



 



1. SIKAT RAMBUT DAN BERUS GIGI MENGGUNAKAN TANGAN BUKAN DOMINAN ANDA



Jika anda sering menggunakan tangan kanan, tukar kepada tangan kiri untuk menyikat rambut atau memberus gigi. Begitu juga jika anda kidal - tukar kepada tangan kanan. Ia mungkin agak tidak selesa pada mulanya tetapi anda sedang menggalakkan penghasilan 'jalan' baru dalam otak bila anda "belajar" menggunakan tangan bukan dominan anda.



2. LAKUKAN SENAMAN DENGAN TEMAN



Memastikan anda kekal aktif secara fizikal adalah baik bagi otak anda. Malah, ia terbukti melambatkan kemerosotan kognitif.



3. BACA BUKU BARU, USAH MENONTON ALAT ELEKTRONIK TERLALU LAMA



Dalam satu kajian yang dijalankan JAMA Psychiatry, penyelidik memerhatikan lebih 3,000 orang dewasa selama 25 tahun dan mendapati mereka yang menonton televisyen lebih dari tiga jam sehari mendapat prestasi terendah dalam beberapa ujian kognitif. Jika anda mahu merehatkan minda, cuba baca buku, atau setidak-tidaknya, kurangkan masa di hadapan skrin televisyen.



4. AMBIL JALAN YANG BERLAINAN



Selalunya kita akan mengambil jalan yang sama untuk ke tempat kerja. Meskipun kebiasaan merupakan suatu yang selesa, cuba tukar perjalanan anda sekali-sekala. Ini memaksa otak anda digunakan dengan berfikir ke hadapan dan kekal aktif.



5. BUAT KERJA-KERJA SUKARELA



Cari peluang melakukan kerja-kerja sukarela dan memperjuang sesuatu yang anda yakini. Menjadi sukarela bukan sahaja baik untuk kesihatan tetapi ia juga diketahui dapat membaiki fungsi kognitif. Dalam satu kajian, mereka yang sering melakukan kerja-kerja sukarela mempunyai risiko lebih rendah untuk menerima rawatan anti-demensia, berbanding mereka yang tidak.



6. NIKMATI ALAM SEMULAJADI



Ia cukup merehatkan dan menyegarkan jika kita meluangkan masa untuk menikmati alam semula jadi. Dalam satu jurnal Natural England, ia didapati berjalan-jalan di taman amat baik bagi pesakit demensia dan penjaga mereka.



7. KAWAL TEKANAN ANDA



Kita boleh anggap tekanan sebagai sesuatu yang normal. Tetapi, satu kajian menunjukkan wanita pertengahan tahun yang sudah lama menghadapi tekanan mempunyai risiko yang meningkat untuk menghidapi Alzheimer atau nyanyuk. Walaupun tekanan tidak boleh dihindarkan, kita harus belajar untuk kawal tekanan itu dengan mencari wadah bagi menenangkan fikiran misalnya melalui muzik,  bersenam atau berkongsi masalah dengan rakan.





8. MAKAN COKLAT TINGGI KANDUNGAN KOKO (DARK CHOCOLATE)



Coklat yang tinggi kandungan koko diiktiraf sebagai makanan yang baik untuk otak. Ia didapati bahawa koko mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi yang memperlahan perkembangan Alzheimer.



 



Sumber: Majalah Shape




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >