Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Cara atasi ‘pembunuh senyap’

Sep 04, 2023 | 06:00 AM



Penyakit ginjal ialah ‘pembunuh senyap’ yang merosakkan buah pinggang dari masa ke masa.

Ia biasanya tidak menunjukkan gejala jelas sehingga ke tahap akhir.

Cara pemakanan dan gaya hidup sihat dapat membawa perbezaan bagi mencegah diri daripada penyakit ginjal.

Berikut lapan rahsia untuk mengurangkan risiko daripada menghidap penyakit ginjal:

Teruskan usaha pilih makanan kurang gula,
garam dan lemak

+ Hadkan pengambilan lemak dan kolesterol anda sebab trigliserida dan kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan penyakit kardiovaskular, serangan jantung, angin ahmar dan penyakit ginjal.

+ Kehidupan boleh menjadi lebih manis tanpa gula.

+ Kurangkan pengambilan garam.

Ketahui risiko

Gaya hidup yang tidak aktif meningkatkan risiko obesiti – gemuk gedempol, penyakit kencing manis jenis II, darah tinggi dan penyakit kronik yang lain.

Kekalkan berat badan yang sihat dengan bergerak aktif dan tidak makan berlebihan.

Berhenti merokok

Merokok merosakkan saluran darah dalam badan.

Ia akan memperlahankan aliran darah ke ginjal dan mengurangkan keupayaannya untuk berfungsi secara normal. Merokok juga meningkatkan risiko menghidap barah ginjal.

Pertimbangkan untuk berjumpa dengan doktor untuk membincangkan kaedah berhenti merokok dan menerima Rawatan Penggantian Nikotin (NRT) jika perlu.

Di samping itu, minuman beralkohol dalam jumlah yang banyak akan meningkatkan tekanan darah. Tekanan darah tinggi merupakan salah satu penyebab penyakit ginjal yang paling biasa.

Kawal jumlah makanan yang dimakan

Diet yang sihat mengandungi dua hidangan buah-buahan dan dua hidangan sayur-sayuran setiap hari, dengan bijirin penuh dan daging tanpa lemak.

Mulakan bersenam  

Kegiatan fizikal sangat penting di semua peringkat kehidupan.

Lakukan kegiatan fizikal yang sesuai mengikut usia.

Faedah bersenam secara kerap:

+ Menguatkan jantung, tulang dan badan secara menyeluruh. 

+ Meningkatkan mutu tidur, daya kognisi dan ingatan. 

+ Mengurangkan tekanan dan meningkatkan mutu kehidupan.

+ Mengurangkan risiko penyakit kronik seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit jantung.

Pantau tekanan darah
dan paras gula dalam darah

Jika anda sudah menghidap kencing manis dan tekanan darah tinggi, anda masih boleh mencegah kegagalan ginjal dengan: 

+ Kawal paras gula dalam darah dengan baik. 

+ Kekalkan tekanan darah dalam julat normal. 

+ Kawal kadar kolesterol darah. 

+ Temui doktor secara berkala. 

+ Ambil ubat-ubatan sebagaimana yang ditentukan doktor.

Sediakan makanan sendiri

Makanan yang dimasak di rumah adalah terbaik kerana ia membolehkan kita mengawal jumlah gula, garam dan lemak yang dimasukkan ke dalam makanan.

Pengesanan awal penting

Pemeriksaan kesihatan awal merupakan kunci bagi mengesan kegagalan ginjal kerana kebanyakan orang dengan tahap penyakit ginjal awal tidak menunjukkan gejala yang jelas.

Dengan adanya penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi, kemungkinan anda mengalami masalah ginjal pada kemudian hari semakin meningkat.

Sekiranya anda menghidap penyakit ginjal kronik atau sedang mendapatkan rawatan dialisis dan perlu mengehadkan pemakanan di dalam diet, tanya doktor dahulu atau pakar pemakanan sebelum membuat sebarang perubahan kepada diet anda.

Maklumat di atas khas bagi mereka yang ingin melindungi ginjal mereka dan yang berisiko terkena penyakit ginjal. Ia bukannya untuk mereka yang telah menghidap penyakit ginjal.

Sumber: Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >