Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Lebih 24,000 daftar dengan GP di bawah SG Lebih Sihat

May 31, 2023 | 07:13 PM



LEBIH 24,000 individu berusia 40 tahun dan ke atas yang menghidap keadaan kronik seperti penyakit kencing manis dan darah tinggi telah membuat pendaftaran bersama doktor keluarga agar dapat mempertingkat kesihatan mereka.

Ini sejak strategi jagaan kesihatan pencegahan senegara SG Lebih Sihat telah melancarkan prapendaftarannya pada Mei, kata Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung pada Selasa.

“Bilangan itu melebihi jangkaan saya,” katanya mengumumkan perangkaan demikian.

“Para doktor perubatan umum (GP) telah memberitahu saya pesakit tersebut telah membuat pendaftaran tanpa banyak dorongan. Jadi saya kira mesej jagaan pencegahan demi menangani penyakit secara proaktif telah diterima ramai,” tambah Encik Ong.

Lebih dua pertiga daripada 1,200 klinik Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (Chas) di Singapura – merangkumi lebih 870 klinik – telah menyertai inisiatif SG Lebih Sihat sejak usaha merekrut klinik berkenaan dilancarkan pada Mac.

Encik Ong berkata, hubungan yang khusus, dan diyakini, antara penduduk dengan doktor keluarga mereka adalah kunci di balik usaha senegara ini, dan adalah titik permulaan mencapai kesihatan yang baik.

“Bagi mereka yang sudah mendapatkan rawatan oleh seorang GP atau doktor keluarga secara kerap, kami ingin melestarikan hubungan baik antara pesakit dengan doktor ini yang sudah ada,” katanya.

Encik Ong menyatakan demikian semasa acara pembukaan Pusat Pemantauan Kesihatan Fullerton Health Group di Novena Square.

Beliau berkata “dengan momentum prapendaftaran yang baik”, Singapura akan dapat membuat penyediaan untuk melancarkan SG Lebih Sihat secara rasmi pada 5 Julai.

Beliau berkata Pemerintah akan membuat proses pendaftaran lebih mudah dengan menawarkan kaedah serupa dengan bagaimana rakyat di sini membuat tempahan slot vaksinasi semasa pandemik Covid-19.

Penduduk layak akan menerima undangan menerusi SMS oleh Kementerian Kesihatan (MOH), yang akan dilakukan secara beransur, bermula dengan warga Singapura dan Penduduk Tetap berusia 60 tahun dan ke atas yang menghidap penyakit kronik, katanya.

Ini akan diikuti dengan penduduk lain di bawah golongan usia yang sama.

“Bagi mereka yang tidak biasa menggunakan aplikasi, terdapat jenis analog untuk membuat pendaftaran. Anda boleh pergi ke balai rakyat atau sebuah Pusat Ujian dan Vaksinasi Bersama (JTVC), di mana akan terdapat seorang yang berada di situ untuk membantu anda,” kata Encik Ong.

Menurut Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), populasi menua di Singapura serta gaya hidup kurang sihat yang diamalkan penduduk, telah menyebabkan lebih ramai orang menghidap penyakit kronik.

Satu dalam setiap empat warga Singapura berusia 40 tahun dan ke atas, menghidap sekurang-kurangnya satu jenis penyakit kronik, seperti kencing manis, darah tinggi, paras kolesterol tinggi atau strok.

“Sementara minat awal ini adalah sesuatu yang menggalakkan, ia masih satu perjalanan yang panjang. Kami perlu berusaha dengan gigih untuk mengekalkan momentum ini dan cuba untuk terus mengubah daya pemikiran dan tingkah laku orang,” kata Encik Ong.

Beliau menggesa warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR) untuk berbuat demikian dengan membuat pendaftaran selepas mereka mendapat SMS itu dari MOH.

“Itulah hari yang anda mula mengambil keputusan untuk memulakan hidup lebih sihat. Dasar, doktor dan aktiviti masyarakat akan berada di sisi anda untuk menyokong anda,” ujar Encik Ong.

Encik Ong berkata perubahan daya pemikiran itu juga melibatkan para doktor.

Disebabkan budaya dan amalan mencari kesihatan oleh warga Singapura, doktor keluarga telah mengambil banyak masa untuk merawat kes akut dan menawarkan Sijil Perubatan (MC) sebagaimana diminta majikan atau sekolah, katanya.

“Kami perlu mengubah hubungan antara doktor dengan pesakit itu menerusi SG Lebih Sihat.

“Hubungan antara doktor dengan pesakit dan penduduk perlu bertukar. Ia perlu berlandaskan keyakinan dan hubungan, dan mendapatkan rawatan dari doktor bukan hanya satu transaksi untuk mendapatkan ubat atau MC,” kata Encik Ong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >