Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Masa untuk perkasa diri demi kesihatan

Buat pemeriksaan awal barah demi kepentingan diri dan keluarga
Oct 16, 2023 | 06:00 AM



Dari 2017 hingga 2021, barah menjadi punca utama kematian di Singapura, menyumbang 28.2 peratus daripada semua kematian. Pada 2019, ia adalah penyumbang utama kematian pramatang atau kecacatan.  

Dalam kalangan kaum lelaki, tiga barah paling lazim termasuk barah prostat (16.8 peratus); barah usus dan dubur (16.3 peratus); dan barah paru-paru (13.5 peratus).

Bagi kaum wanita pula, barah buah dada berada di kedudukan tertinggi (29.7 peratus); barah usus dan dubur (12.9 peratus); dan paru-paru (7.9 peratus).

Perangkaan itu berdasarkan Laporan Pendaftaran Barah Singapura pada 2021.

Barah dalam kalangan
masyarakat Melayu

Walaupun rakyat Singapura secara keseluruhannya kini menyaksikan kes kematian akibat barah yang berkurangan, namun, halnya berbeza dalam kalangan masyarakat Melayu.

Kini, jumlah kaum lelaki dan wanita penghidap barah lebih dua kali ganda sejak 1968, dan lebih ramai di antaranya juga meninggal akibat barah.


Masyarakat Melayu juga mengatasi kaum lain dari segi kadar kematian barah – yang tertinggi pada 2013 hingga 2017. Sebelum ini, kaum Cina mempunyai kadar kematian akibat barah yang tertinggi – dari 1968 hingga 1972, dan 2008 hingga 2012. 

Dalam jumlah sekitar 100,000 orang, 91 daripada kaum Melayu meninggal akibat barah, berbanding hanya 72 daripada kaum Cina dan 55 daripada kaum India.

Jalani pemeriksaan awal

Trend membimbangkan itu adalah antara penyebab pentingnya untuk menjalani ujian pemeriksaan barah. Dengan kemajuan dalam teknologi perubatan dan sains, ketumbuhan prabarah boleh dikesan sebelum ia merebak. 

Melalui pengesanan awal, rawatan boleh dimulakan secepat mungkin jika perlu. Kos perubatan juga lebih rendah, berbanding dengan rawatan untuk penyakit yang sudah berada di tahap lanjut.

Kos rawatan bukan hanya sekadar dari segi kewangan, bahkan, dari segi sosial, emosi dan psikologi. Kehilangan masa bermutu dengan mereka yang kita sayangi, masa cuti kerja dan juga mutu hidup harus dipertimbangkan. 

Selain itu, faedah ujian saringan adalah jelas demi mengekalkan tahap kesihatan. Dengan tahap kesihatan optimum, individu boleh memberi tumpuan kepada masa bersama anak, cucu atau kegiatan yang mampu memberikan kebahagiaan. 

Lindungi keluarga

Kadangkala implikasi ujian saringan tidak terhad kepada diri sahaja. Terdapat beberapa jenis barah yang melibatkan baka dan mempunyai unsur keturunan, seperti barah buah dada dan usus, yang mampu menjejas generasi seterusnya.

Apabila individu diuji dan disaring, ia bakal melindungi keluarga tersayang dengan lebih baik.

Walaupun terdapat beberapa jenis barah yang sulit dikesan seperti barah limfoid atau pankreas, ia berbeza dengan jenis barah lazim, yang mampu dikesan melalui ujian saringan secara kerap dan yang tidak invasif. 

Selain daripada memberi tumpuan kepada makanan berkhasiat, individu digalakkan untuk kekal aktif, mendapatkan berat badan yang sihat, mengatasi tekanan dan menjaga tidur dengan lebih baik. 

Usah tangguh hingga gejala muncul. Melaburlah dalam kesihatan. Lakukan sesuatu kini. Berbekalkan ilmu yang ada, lengkapi diri dengan pengetahuan mengenai barah. Dengan itu, seseorang itu boleh sekali gus memperbaiki diri demi masa depan yang lebih menyihatkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >