Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kesihatan
35
0

Pengalaman ibu jalani dialisis, dorong anak periksa ginjal awal

Sep 04, 2023 | 06:00 AM



Encik Abdul Hameed Abdul Ghani percaya bahawa pengesanan awal adalah penting dalam mencegah penyakit ginjal kronik.

Individu juga tidak sepatutnya mengambil sikap sambil lewa terhadap kesihatan ginjal.

Beliau tidak mahu pengalaman ibunya yang menjalani rawatan dialisis di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), menjadi kitaran dalam kalangan anggota keluarganya.

Apatah lagi beliau mempunyai sejarah keluarga seperti penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi, kolesterol yang tinggi dan penyakit ginjal.

Oleh itu, Encik Abdul Hameed mengambil inisiatif dengan datang untuk menjalani pemeriksaan ginjal secara percuma di bawah program campur tangan penyakit ginjal kronik (CKD) NKF.

Walaupun beliau tidak menghidapi kencing manis, Encik Abdul Hameed, 53 tahun, tetap memantau tahap gula dalam darahnya sekali atau dua kali seminggu.

Sebagai pemandu peribadi, beliau hanya minum air kosong semasa bekerja dan apabila berada di luar, beliau minum teh-o atau kopi-o kurang manis.

Memandangkan lutut Encik Abdul Hameed bermasalah, beliau tidak dapat berlari-lari anak. Sebaliknya, beliau mencuba untuk bergerak dengan berjalan-jalan semasa masa lapangnya.

Ini kerana beliau percaya di samping pentingnya pengesanan awal dalam mencegah penyakit ginjal kronik, senaman turut memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya.

“Ibu saya adalah pesakit kencing manis dan menjalani rawatan dialisis di NKF sejak empat tahun lepas.

“Memandangkan saya juga semakin berusia, saya lebih sedar tentang perlunya menjalani saringan kesihatan secara berkala untuk mengawal dan memahami tahap kesihatan saya.

“Saya ingin mengetahui sama ada buah pinggang saya berfungsi dengan baik, terutama apabila saya semakin berusia. Kadang-kadang, walaupun kita kelihatan sihat dari luar, organ penting kita mungkin tidak berfungsi dengan sebaiknya,” ujar Encik Abdul Hameed.

Menurut beliau, sejarah keluarga yang mempunyai penyakit kencing manis dan ginjal telah mempengaruhi pendekatannya dalam memantau tahap kesihatan diri.

Apatah lagi ekoran penyakit kencing manis, separuh kaki kiri ibunya terpaksa dipotong.

“Ini membuatkan saya sedar betapa seriusnya kencing manis. Oleh itu, saya cuba memantau tahap gula dalam darah sendiri secara berkala, memeriksa gula dalam darah saya kira-kira sekali atau dua kali seminggu walaupun saya bukan pesakit kencing manis.

“Saya mencadangkan sesiapa sahaja untuk menjalani pemeriksaan buah pinggang sekurang-kurangnya sekali setahun untuk membolehkan masalah buah pinggang dikesan lebih awal sebelum terlambat,” tambahnya.

Beliau juga tidak pernah berasa lelah untuk menjalani proses pemeriksaan yang bermula dengan pengambilan contoh air kencing dan darah.

“Mereka juga menjalankan pemeriksaan retina mata, yang membantu mengesan tanda-tanda komplikasi berkaitan kencing manis. Saya juga berjumpa dengan pakar pemakanan dan pakar senaman untuk berunding.

“Mereka cuba memahami tabiat gaya hidup saya dan memberikan nasihat tentang mengamalkan pemakanan lebih sihat seperti mengurangkan pengambilan gula dan menambah lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran dalam hidangan saya.

“Saya juga diperkenalkan kepada beberapa senaman ringkas yang boleh saya lakukan di rumah,” jelasnya.

Beliau kekal meneruskan hidupnya dengan disiplin diri yang ketat.

“Pilihan ini membantu saya mengurangkan pengambilan gula berlebihan, yang boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan termasuk buah pinggang.

“Saya juga belajar untuk mengawal saiz hidangan; saya akan makan sehingga saya berasa selesa dan kenyang, bukannya terlalu kenyang,’’ katanya.

Salah satu kegiatan kegemaran beliau adalah berbasikal kerana ia merupakan senaman ringan yang memberikan kesan lembut pada sendi tanpa menimbulkan tekanan yang berlebihan pada lutut.

“Kadang-kadang, saya turut mengambil bahagian dalam permainan futsal dengan rakan-rakan saya. Namun, saya memilih untuk berjalan pantas bukannya berlari, yang boleh memberikan beban yang berat pada lutut saya.

“Saya fikir ramai orang cenderung mengabaikan kesihatan buah pinggang mereka kecuali mereka mengalami gejala atau jika mereka jatuh sakit. Adalah lebih baik menjalani pemeriksaan dan jangan menunggu sehingga gejala muncul.

“Pada masa itu, ia sudah terlambat kerana tiada pusingan balik apabila berlaku kegagalan buah pinggang. Jangan mengambil risiko membuang masa atau mengorbankan mutu hidup kita.

“Menjalani pemeriksaan awal bukan sahaja memberikan kita ketenangan jiwa bahkan juga memberikan kita upaya untuk mengawal hidup dan kesihatan kita,” kata Encik Abdul Hameed.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >